KUALA LUMPUR - Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara menunjukkan penurunan pada pukul 7 pagi ini berbanding 12 tengah malam tadi walaupun kualiti udara di sebahagian besar kawasan di Semenanjung masih dalam kategori tidak sihat.

Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johan Setia, Klang di Selangor yang mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat (203) pada pukul 3 petang semalam merekodkan bacaan lebih rendah (168) iaitu dalam kategori tidak sihat pagi ini.

Kualiti udara di semua kawasan di Sarawak bertambah baik dengan bacaan IPU pada tahap sederhana.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan semalam berkata semua sekolah dibuka seperti biasa hari ini dan sebarang perubahan atau maklumat terbaharu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya. - Bernama

Artikel Menarik:

Cikgu SK Ulu Lemanak redah laluan balak 150km selamatkan murid dari jerebu teruk di Lubok Antu

Mahu murid menjadi lebih kreatif...ini ada 17 tip untuk guru-guru jadikan panduan

'Jika hanya dengan pembedahan saya dapat pulih, saya sanggup asalkan dapat fokus belajar'