KOTA KINABALU - Sekolah Kebangsaan (SK) Lingkungan, Beaufort masih ditutup hari ini akibat banjir yang belum pulih sejak semalam.

Menurut Pengarah Pendidikan Sabah, Mistirine Radin berkata hari ini adalah hari kedua sekolah berkenan ditutup berikutan hujan secara berkala sejak dua hari lepas.

"Sesi persekolahan dibatalkan hari ini atas faktor keselamatan murid. Namun guru masih berada di sekolah untuk kerja pembersihan," katanya dalam satu kenyataan.

Mistirine berkata sekolah berkenaan mempunyai 14 guru dan 113 murid. - Bernama

Artikel lain:

Cemerlang setiap kali peperiksaan, guru ini gariskan tujuh panduan untuk diikuti

Cikgu boleh cuba kaedah ini, cara mudah ajar murid lemah kuasai jawi

Guru ini perkenal teknik ‘ulat beluncas hijau’ bantu murid menulis karangan dengan baik