PUTRAJAYA - Sejumlah RM21 juta bantuan ‘one-off’ disediakan untuk tahfiz swasta, pondok, sekolah agama rakyat dan sekolah agama swasta yang berdaftar dengan pihak berwajib di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam kenyataannya hari ini berkata, bantuan ‘one-off’ itu adalah atas keprihatinan kerajaan kepada institusi pendidikan Islam yang terjejas dari sudut pengurusan operasi dan sara diri ekoran wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bantuan one-off berkenaan adalah dalam bentuk sara hidup RM800 seorang akan memberi manfaat kepada 22,920 guru, serta bantuan pengurusan operasi bertujuan membiayai kos pengurusan, utiliti, sewaan dan perbelanjaan operasi lain kepada 2,119 buah institusi pendidikan di seluruh negara, katanya.

Menurut Zulkifli, bantuan ‘one-off’ itu adalah daripada peruntukan RM100 juta yang telah disediakan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di bawah Belanjawan 2020, bertujuan membiayai penyelenggaraan dan naik taraf institusi tahfiz, pondok dan sekolah agama berdaftar.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz atas kelulusan bagi peruntukan berkenaan. - Bernama

Tip menarik:

Ustazah Zulfa sediakan 10 soalan mudah untuk calon UPSR jawab – Boleh rujuk buku teks

Cikgu Mohd Azif kongsi set latihan Fizik untuk calon SPM ulangkaji sepanjang PKP

Latih tubi soalan objektif Matematik SPM 2020 – Perkongsian Guru Cemerlang

Teknik pencarian perkataan menggunakan kamus - Cara Cikgu Asraf ini buat murid jadi pantas

Nota poket bantu murid ingat fakta dengan tepat - Cikgu Ahmad Safarman