SHAH ALAM - Pendidikan rendah dan menengah kerajaan adalah percuma sepenuhnya dengan menawarkan 19 jenis bantuan persekolahan.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata ia termasuklah Bantuan Umum, Bantuan Khusus dan Bantuan One-Off kepada murid sekolah yang berkelayakan.

Beliau menjawab menjawab isu pendidikan percuma yang dibangkitkan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Adun Bagan Datuk, Perak), Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (Adun Kuala Nerus, Terengganu), Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin (Adun Masjid Tanah, Melaka), Mastura Mohd Yazid (Adun Kuala Kangsar, Perak), Datuk Sri Dr Ismail Mohamed Said (Adun Kuala Krau, Pahang), dan Mohd Shahr Abdullah (Adun Paya Besar, Pahang).

Kata Maszlee lagi, KPM juga menawarkan biasiswa pendidikan.

"Pada masa ini pelaksanaan program Biasiswa oleh KPM difokuskan kepada pegawai dalam perkhidmatan khususnya guru-guru, pensyarah Kolej Komuniti dan Politeknik serta pensyarah Universiti Awam bagi meningkatkan kompetensi mereka dalam bidang-bidang tertentu yang berkait dengan perkhidmatan," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan perbahasan rang undang-undang perbekalan 2020 peringkat dasar di Dewan Rakyat semalam.

Artikel lain:

KPM akan terus pastikan murid mendapat bantuan dan sokongan pendidikan relevan dengan keperluan

Biasiswa diberikan pelajar yang layak tanpa kira kaum, agama dan geografi

Inclusivity dalam pendidikan

'Kebajikan anak-anak kurang upaya amat dekat di hati saya' - Maszlee

Penyelenggaraan kuarters milik KPM di seluruh negara