TANAH MERAH - Sebuah bas yang membawa 42 murid dan guru sekolah Kebangsaan Mentuan, Kubang Kerian, Kota Bharu, terbabas ke dalam longkang di Kampung Bechah Laut di Tanah Merah, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Suzaimi Mohamad berkata dalam kejadian pada 10 malam itu, bas yang disewa khas itu dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Pulau Langkawi.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, bas dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke longkang di kiri jalan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Suzaimi berkata tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

"Selepas kejadian itu, semua penumpang menaiki bas lain untuk meneruskan perjalanan," katanya. - Bernama

Baca:

Murid tak datang duduk UPSR, cikgu ini nekad cari di rumah dan apa yang terjadi mengejutkan ramai

Projek baik pulih sekolah daif di Sarawak bermula sejak 5 Ogos

Sekolah di lapan daerah di Sarawak ditutup

Sarawak tunggu dana Persekutuan bagi latih 3,000 guru ajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris

'Rezeki dapat pindah' - Guru dari Sarawak kongsi berita gembira mengenai EGtukar