Pekan - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang kanak-kanak yang ditemui dalam keadaan tragis dengan tangan terikat, tanpa seluar serta tiada organ dalaman, kelmarin

Ketua Polis Pekan, Superintendan Amran Sidek mengesahkan menerima laporan kehilangan Siti Masyitah Ibrahim, 11

Menurutnya, kali terakhir mangsa dilihat sedang membonceng motosikal bersama seorang lelaki warga asing pada hari sama.

"Lelaki itu ditangkap bagi membantu siasatan dan kini direman 14 hari mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

"Identiti mayat yang dikaitkan dengan Siti Masitah itu hanya dapat diketahui selepas ujian sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dan bedah siasat," katanya di sini, semalam.

Amran berkata, siasatan awal di lokasi kejadian telah dilakukan pakar patologi Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan dan bedah siasat akan dilakukan pada jam 10 pagi ini.

"Laporan penuh kes ini yang merangkumi sebab kematian, tempoh masa meninggal, jantina dan keturunan akan menyusul selepas keputusan bedah siasat diperoleh," katanya.

Semalam, ibu mangsa, Solihah Abdullah, 35, berkata, pada hari sebelum kehilangan, anak ketiga daripada empat beradik itu meminta izin keluar rumah dan meminta duit seringgit daripadanya.

Menurutnya, dia pada mulanya tidak mengesyaki sesuatu buruk berlaku sehinggalah mula risau apabila Siti Masitah tidak pulang selepas Maghrib.

"Dia keluar rumah dalam jam 5 untuk ke kedai. Saya pada mulanya tidak perasan kerana sedang leka jahit baju. Bila jam 6.30, saya mula risau dan suruh anak sulung saya mencarinya.

"Selepas waktu Maghrib, saya risau kerana anak sulung saya masih tak jumpa adiknya dan kami meminta tolong orang kampung. Dalam jam 10 malam, orang kampung jumpa basikalnya. Saya terus buat laporan polis," katanya.

Tempat kejadian mayat kanak-kanak berusia 11 tahun yang ditemui dalam keadaan tangan dan kaki terikat, tanpa seluar serta beberapa organ dalaman hilang.

Ini berita penuh luahan perasaan ibu mangsa ketika ditemu bual https://www.gpsbestari.com/berita/pahang/saya-nampak-tangannya-diikat-luluh-hati-saya-ibu-murid-kelas-mengaji ini-luah-rasa-sedih-1.922075

Selepas pelbagai spekulasi mengenai kejadian yang berlaku oleh warganet di laman sosial, ini kenyataan polis dan kronologi kehilangan kanak-kanak malang itu https://www.gpsbestari.com/berita/pahang/kenyataan-polis-dan-kronologi-kehilangan-siti-masitah-1.922083