Meriah dan luar biasa, itulah gambaran yang dapat diberikan kepada Program Bejarah Raya, dalam bahasa Sarawak, atau lebih dikenali sebagai ziarah menziarahi anjuran PIBG SMK Agama Miri (SMKAMi) 21 Jun lalu.

Ia berikutan kerjasama erat yang ditunjukkan oleh guru, pelajar, dan ibu bapa dalam penganjuran majlis hari raya tahun ini. 

Timbalan Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Lee Khim Shin, Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak N62 Lambir Miri, Ripin Lamat, Lukanisman Awg Sauni, Dipertua PIBG, Marini Juraibi, bersama pendidik SMKAMi.

Menurut Pengetuanya, Ustaz Ahmad Fauzi Yaacob berkata, ibu bapa serta guru mengambil masa lebih kurang seminggu membuat persediaan.

Bermula dengan merancang, menyusun atur cara, jemputan, dan memasak, dibuat sepenuhnya oleh ibu bapa juga warga sekolah. 

“Guru-guru, ibu bapa dan pelajar bergotong royong memasak, malah ada juga ibu bapa dari jauh dan dekat membawa pot luck untuk jamuan kali ini.

“Kesatuan hati dan kerjasama yang ditonjolkan oleh semua pihak telah berjaya memeriahkan lagi majlis yang dianjur setahun sekali ini,”katanya.

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Lee Khim Shin, Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak N62 Lambir Miri, Ripin Lamat, Lukanisman Awg Sauni, Dipertua PIBG,  Marini Juraibi, ketua-ketua masyarakat, ketua-ketua jabatan dan juga masyarakat setempat dengan kepelbagaian etnik Sarawak.

Guru dan pelajar bersama ‘rewang’ menyediakan juadah

Bejarah Raya yang dianjurkan kali ini berjaya menarik kunjungan hampir 3,000 tetamu.

“Progam Bejarah Raya Bersama Pemimpin ini merupakan acara tahunan yang diamalkan sejak dua tahun lepas, menerusi konsep rewang dan pot luck dari ibu bapa.

“Majlis ini bukan sahaja merapatkan hubungan silaturahim sesama penduduk pelbagai kaum. Bahkan dapat menzahirkan keprihatinan ibu bapa terhadap penganjuran program-program di sekolah,”katanya.

Dalam majlis tersebut turut diadakan majlis penyerahan sumbangan kepada tabung PIBG sebanyak RM10,000 dan juga dana sebanyak RM250,000 untuk projek memasang atap di dataran Solehuddin SMKAMi.

Sumbangan RM250 ribu dari Adun Lambir, Ripin Lamat di sampaikan oleh Timalan Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin.

Kumpulan kompang formasi SMKAMi

Menurut Datuk Lee Khim Shin dalam ucapannya berkata, PIBG berperanan menjadi penghubung antara sekolah dengan masyarakat untuk sama-sama saling bekerjasama memajukan sekolah.

Bahkan katanya lagi, menerusi penganjuran aktiviti berskala besar ini akan dapat mendidik pelajar untuk melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Selain memupuk rasa kebersamaan antara ibu bapa dan pendidik.

Majlis tersebut turut diserikan lagi dengan persembahan Orekestra Gangsa Kenyalang SMKAMi, yang menggabungkan pasukan gamelan dan anglong. Selain itu kompang formasi dan nyanyian nasyid juga di perdengarkan oleh anak-anak SMKAMi.

Timbalan Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Lee Khim Shin, Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak N62 Lambir Miri, Ripin Lamat, Lukanisman Awg Sauni, Dipertua PIBG, Marini Juraibi, bersama pendidik SMKAMi.