“Bila saya sampai kat UK, rasa gembira sangat sebab tulah pertama kali saya naik kapal terbang. Masa tu terus niat dalam hati, saya nak bayar tiket mak ayah saya untuk ke UK tengok saya terima ijazah.”

Demikian penjelasan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Wataniah, Machang, Kelantan,  Muhammad Afiq Ismail, 23, yang tular baru-baru ini.

Kisah kegigihannya bekerja sambilan sebagai tukang cuci di universiti, kerana mahu berkongsi kejayaan bersama mak ayah pada hari konvokesyennya wajar di contohi.

Ibu saya memakai robe konvo saya

Beliau bukan sahaja menjadi pencetus inspirasi ramai, bahkan turut menggembirakan hati mak ayah kerana pencapaiannya sebagai graduan kelas pertama di University of Essex, United Kingdom (UK)

“Bila saya dapat tawaran ke UK, saya rasa gembira sangat. Terus hubungi mak ayah dan beritahu mereka berita gembira ini. Masa tu mak dan ayah menangis gembira, kerana tak sangka saya terpilih. Sebagai tanda syukur… ayah sembelih lembu dan kambing seekor. Kenduri, ajak satu kampung,”terang pemegang biasiswa JPA ini kepada GPSBestari.

“Bila saya sampai kat UK, rasa gembira sangat sebab tu  pertama kali saya naik kapal terbang. Masa tu terus niat dalam hati, saya nak bayar tiket mak ayah saya untuk ke UK tengok saya terima ijazah.

“Jadi, saya putuskan untuk kerja sambilan untuk cari duit lebih. Duit tu saya guna untuk beli barang mak ayah dan juga belanja di kampung. Selebihnya saya buat simpanan. Sementara duit JPA pula, saya guna untuk perbelanjaan dekat UK, contohnya untuk rumah dan makan,”

Anak pasangan Ismail Abas dan Norma Abdullah ini bukan sahaja menggunakan wang simpanannya untuk membeli tiket kapal terbang, bahkan segala perbelanjaan kedua orang tuanya sepanjang di UK juga turut ditanggungnya.

“Saya lihat kegigihan ayah membesarkan saya dan abang saya yang OKU. Ayah kerja kampung, ada kebun kelapa sawit dan juga bela kambing dan lembu. Di sebabkan kepayahan ayah membesar dan memberikan didikan yang sempurna kepada saya itulah, saya tanamkan azam untuk belajar sungguh-sungguh dan bawa mereka ke UK.

Kami sekeluarga bergambar kenangan selepas konvokesyen

“Saya kumpul duit kerja sambilan sebagai pencuci restoren, kedai, dan tandas di Universiti. Duit yang saya simpan tu saya gunakan untuk beli tiket kapal terbang pergi balik, dan belanja mereka jalan-jalan di UK.

“Masa tu saya tanya kawan-kawan, manalah tahu mak ayah mereka terbang ke UK masa konvo nanti. Bolehlah nanti mak dan ayah ikut sama naik kapal terbang. Maklumlah, mak ayah saya tak pandai naik kapal terbang dan tak boleh cakap bahasa Inggeris.

“Alhamdulillah, masa tu ada juga mak kawan saya nak datang pada tarikh yang sama dengan mak ayah. Jadi, saya tak ada lah bimbang sangat,”jelasnya.

Saya membawa keluarga saya melawat Stadium Manchester United

Menurut Muhammad Afiq, setiap hari dia akan tidur pada jam  10 malam dan bangun pada jam 4 pagi. Bekerja tiga hari seminggu dan masuk kerja pada jam 5 pagi. Sementara waktu belajarnya pula adalah pada waktu pagi dan hari tidak bekerja.

Walaupun penat kerana terpaksa membahagikan masa antara belajar dan bekerja, namun demi mak dan ayahnya, anak kedua dari dua beradik ini sanggup lakukan apa sahaja demi mereka.

Mak ayah tak bagi

“Pada awalnya, mak dan ayah memang tak bagi sebab tak nak saya membazir. Tapi saya berkeras juga nak bawa mereka, sebab ini pengalaman pertama dan terakhir mereka dapat tengok saya terima ijazah dan merasa naik kapal terbang.

Saya bersama emak ketika melakukan aktiviti kayak di United Kingdom

“Mak dan ayah kata, mereka penat naik kapal terbang. Tapi selepas dapat tahu saya merupakan graduan kelas pertama, jurusan Perakaunan dan Kewangan, di University of Essex,  kepenatan tu hilang. Mereka menangis sampai bengkak mata pada keesokan harinya,”jelas anak kelahiran Kubang Kerian, Kelantan ini.

Katanya, peluang bersama di rantau orang ini, dapatlah Muhammad Afiq membawa kedua orang tuanya berjalan di kota London, Manchester dan juga sekitar universiti.

Tambahnya, kepuasan itu jelas terasa apabila dapat melihat mak dan ayahnya sentiasa tersenyum bila dibawa berjalan.

Mak dan ayah di hadapan Tower Bridge London

“Alhamdulillah, ALLAH SWT kurniakan kebahagiaan berganda dalam hidup saya, selain berpeluang membiayai semua perbelanjaan mak ayah sepanjang di UK, saya juga dapat naik pentas menerima ijazah di hadapan mak ayah.

“Masa dalam dewan masa graduation, air mata saya sentiasa keluar sebab terlalu gembira dan sebak, mak ayah yang melihat saya pada waktu tu apatah lagi,”ujar Muhammad Afiq panjang lebar.

Kerja kebun

Kisah pemegang biasiswa JPA dari kampung Batu Mengkebang Kuala Krai ini cukup istimewa. Siapa sangka, graduan kelas pertama universiti di United Kingdom (UK) ini pernah bergelar pengembala kambing di kampung.

“Masa di Tingkatan Satu, saya bersekolah di Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas. Tapi disebabkan keputusan PMR saya hanya memperoleh 4A 4B 1C. Saya terpaksa berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Wataniah, Machang ketika di Tingkatan Empat, sebab keputusan PMR tak capai target.

Saya sekeluarga bergambar di hadapan Tower Bridge London

“Waktu di Tingkatan Empat tu lah, saya mula minat belajar akaun. Alhamdulillah, berkat doa mak ayah, saya menjadi pelajar terbaik Subjek Akaun di sekolah, sampaikan semua kelas tambahan akaun yang cikgu buat saya pergi. Disebabkan minat yang mendalam itulah saya dilantik menjadi cikgu muda untuk Subjek Akaun. Jadi, ramailah pelajar yang datang belajar akaun dengan saya.

“Ketika tu saya tinggal di asrama. Balik rumah hanya dua minggu sekali. Jadi, setiap kali saya balik rumah, rutin saya adalah di kebun, bantu ayah jaga ternakan kambing dan lembu. Saya dan ayah akan ke kebun pada jam 7 pagi dan balik sekitar jam 4 petang.

Jelas Muhammad Afiq lagi, pengorbanan dan kegigihan ayah yang sanggup kerja berat untuk tampung perbelanjaannya belajar, sentiasa membuatkannya sebak.

Apatah lagi, melihatkan ayah yang terpaksa bekerja di bawah matahari terik sehingga sakit-sakit pinggang dan kaki.

“Jadi, setiap kali balik cuti saya akan tolong ayah di kebun dan urut badan ayah. Bila saya tengok wajah ayah, saya terus simpan niat nak belajar sungguh-sungguh sehingga berjaya.

“Bila saya dah berjaya dan bekerja nanti, ayah tak perlulah lagi kerja kuat di kebun. Biar giliran saya pula bekerja, jaga ayah, mak dan abang di kampung,”akhiri Muhammad Afiq.

Saya bersama lembu peliharaan ayah

Saya bersama rakan  ketika sambutan Hari Raya di sekolah

Bersama salah seorang rakan sekelas

Ketika berada di dalam kelas

Bersama kawan di sekolah

Saya bergambar bersama kawan-kawan sekolah menengah semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri

Bersama rakan di dalam kelas

Di dalam kelas

Menyambut Aildilfitri di sekolah

ARTIKEL MENARIK:

Terperangkap dalam hujan lebat, Baverly sanggup gendong pelajar Pendidikan Khas redah air

Teknik-teknik menjawab Bahasa Inggeris (Penulisan) UPSR untuk murid potensi lulus

Enam perkara ubah PSS jadi ceria - Cikgu wajib tahu ini

Cikgu Hailmi dapati guru hampir seluruh dunia alami tujuh masalah ini (7 foto)

'Inilah kebahagiaan untuk kami... inilah kecemerlangan yang sebenar bagi kami'