SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan akan merujuk kepada bahagian kokurikulum kementerian itu berhubung isu silibus mata pelajaran Tahun Empat bagi 2020 yang didakwa semakin mencabar.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, ia berikutan langkah mengurangkan bilangan daripada 18 tajuk kepada lapan sahaja.

“Beri saya masa untuk semak dan dapatkan maklum balas daripada bahagian tersebut sebelum kita beri sebarang kenyataan,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Program Pemakanan Sihat bersama Numee 2019 di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jelutong di sini semalam.

Kelmarin, seorang pemilik akaun Facebook dipercayai seorang guru mendedahkan, walaupun jumlah tajuk dikurangkan, perkara sebenar ialah kesemua 18 tajuk dipadatkan dalam lapan tajuk tersebut.

Menurut status itu, murid Tahun Empat diminta bersedia lebih awal dan guru perlu bersedia dengan silibus lebih berat.

Artikel berkaitan: 60 peratus kanak-kanak kurag nutrisi, KPM galak sektor swasta sedia makanan berkhasiat kepada murid

Nie Ching (tengah) melakukan gimik pelancaran Pemakanan Sihat Bersama NuMee 2019 di SK Bukit Jelutong.

Baca:

'Saya nak jaga mak, ayah...' - Ini alasan Cikgu Khairul terpaksa tinggalkan pelajar istimewa

'Tariklah saya ke syurga' - Pesan Cikgu Khairul dalam video tular peluk murid Pendidikan Khas

Ibu nak anak cepat pandai, mungkin enam teknik orang Jepun didik anak ini boleh bantu

Enam strategi berkesan untuk bantu guru galak pelajar fikir secara KBAT - Semoga bermanfaat

Murid SK KUala Besut 2 yang hilang dua hari ditemui di sempadan Thailand, guru bantu bawa pulang