SHAH ALAM - Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) menyambut baik saranan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin supaya guru besar dan pengetua di negara ini menilai semula agihan tugas yang diberikan kepada guru.

Namun begitu, Timbalan Yang Dipertuanya, Sukimin Juki meminta sedikit  masa supaya guru besar dan pengetua sekolah dapat memahami serta menyesuaikan diri dengan kaedah baharu seperti yang ditekankan dalam 12 inisiatif Kementerian Pendidikan.

“Sekolah ada pelbagai jenis, model, kecil, besar, pedalaman, lelaki dan perempuan  sahaja. Beban tugas ini tidak sama. Tetapi sebagai guru besar, segala panduan daripada pihak atasan perlu dihadam dan dipertimbangkan.

“Cuma di beberapa tempat, ada sekolah kecil yang gurunya tidak ramai dan ada sekolah ramai guru. Di situ, ia  memerlukan kebijaksanaan mereka untuk mengaturkan tugas kepada guru-guru di sekolah dan ini merupakan cabaran yang dihadapi,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

 

[ARTIKEL BERKAITAN: KPM nasihatkan guru besar, pengetua nilai semula agihan tugas agar guru tidak terbeban]

[ARTIKEL BERKAITAN: NUTP tidak mahu masyarakat label guru malas, lari daripada tugas]

[ARTIKEL BERKAITAN: Wawancara Khas: Datuk Amin menjelaskan beberapa isu dan hala tuju pendidikan (Siri 1)]