SUNGAI TENGI - Pelbagai kenangan suka duka ditempuh sepanjang 34 tahun berkhidmat sebagai pendidik di tujuh sekolah rendah.

Bapa kepada empat anak, Ismail Md Nor, 60, berkata, kariernya bermula di Maktab Perguruan Ipoh, Perak dan mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Tatau, Sabah selama tiga tahun bagi mata pelajaran bahasa Melayu dan subjek lain.

Menurutnya, dia meneruskan perkhidmatan membabitkan tiga lagi sekolah di Kuala Lumpur iaitu SK Padang Tembak dan SK Batu 4, Jalan Ipoh serta SK Taman Koperasi Polis.

“Saya pernah  mengajar di SK Serendah dan SK Taman Bunga Raya 1, Bukit Beruntung.

“Selepas 11 tahun di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Fajar, Felda Sungai Tengi, saya menamatkan perkhidmatan sebagai guru penolong kanan 1 (GPK1).

“Tempoh 34 tahun itu bukan dikatakan satu tempoh yang lama maka sudah pasti banyak kisah suka duka dan ia kenangan terindah selaku seorang pendidik,” katanya.

Cikgu Ismail

Ismail berkata, pada mulanya dia menceburi bidang kerjaya itu atas kehendak kedua ibu bapa namun profesion sebagai seorang guru turut menepati jiwanya.

Menurutnya, selain bertugas di sekolah, guru terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan berdamping dengan penduduk setempat.

“Saya minat bidang perniagaan dan sebab itu selepas tamat sekolah menengah, saya kerja di kedai runcit milik bapa saudara.

“Dalam perniagaan kena bergaul dengan masyarakat dan begitu juga sebagai guru” katanya.

Cikgu Ismail (dua kanan) bersama rakan guru.

Baca:

Insiden guru rotan pelajar yang menggelarinya Cikgu Pondan, ini reaksi Dr. Maszlee

Jam 8 pagi, pelajar muntah dan sesak nafas - Guru terpaksa tenangkan pelajar

'Marilah kita berdoa mohon insiden ini segera diatasi demi murid' - Ketua Pengarah JPNJ (8 foto)

Maahad Muhammadi Pasir Mas anjur kursus untuk pendidik bagi tingkat prestasi pelajar

Filem SMK Khir Johari dan SMK Seksyen 18 menang anugerah utama FiTA Wave Short Film Awards 2019