PASIR GUDANG - Calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Dahlia yang juga mangsa  mangsa pencemaran Sungai Kim Kim, kini disahkan menghidap Myokimia.

Irfan Wafiy Idham Wazir berkata, dia rasa sakit pada betis seperti mencucuk sehingga tidak boleh disentuh oleh sesiapapun.

“Kalau pegang di satu bahagian dengan jari, terus sakit semua bahagian,” katanya yang kelihatan lemah ketika ditemui Sinar Harian semalam.

Artikel berkaitan:

'Myokimia berlaku akibat tekanan otot' - Profesor Hamidon Basri

Sementara itu, mangsa pencemaran Pasir Gudang akan memfailkan saman RM10 juta kepada pihak bertanggungjawab yang menyebabkan masalah kesihatan.

Ibu kepada Irfan Wafiy, Norlela Abu Hashim, 45, berkata, tindakan itu diambil selepas melihat kebajikan anaknya tidak dibela.

“Kita sedang mengumpulkan bukti dan akan failkan kes ke mahkamah pada bulan ini Kita nak kumpulkan laporan perubatan mangsa.

“Sebab kita tengok tak ada pembelaan untuk mangsa, sampaikan ada yang mata bermasalah tak boleh kawal pandangan, serangan saraf macam yang anak saya kena, ada yang sering sesak nafas dan pengsan.

“Jadi saya rasa kena saman sekurang-kurangnya RM10 juta untuk mangsa yang terjejas lebih kurang 40 hingga 50 orang,” katanya. 

Kesemua mangsa pencemaran Sungai Kim Kim dan pencemaran terbaru pada Jun lalu bersatu di bawah Persatuan Kebajikan Mangsa-mangsa Toksik Pasir Gudang.

Anak Norlela, Irfan Wafiy Idham Wazir, 12, disahkan menghidap myokimia yang menyebabkan anggota badannya menggeletar dan aktiviti harian anaknya itu terbatas termasuk untuk
berjalan.

Menurut Norlela, Irfan Wafiy kini tidak dapat lagi melakukan aktiviti harian selepas menjadi mangsa pencemaran Sungai Kim Kim yang menyebabkan dia terlantar di hospital selama 10 hari.

Baca:

Warga SMK Bukit Merchu teruja lawat Karangkraf

'Tak sangka saya berada di Karangkraf' - Murid ini seronok dapat lihat proses penerbitan

'Beri saya masa untuk semak' - Nie Ching jaawab dakwaan guru mengenai silibus Tahun Empat makin berat

Dr. Maszlee jamin peningkatan jumlah tempat di matrikulasi tak jejas lepasan STPM ke Universiti Awam

Guru, pelajar MRSM Kuala Kubu Bharu kini dalam keadaan stabil