RAMAI guru menghadapi situasi mencabar yang mana murid tidak memberikan sebarang respon apabila di soal. Mengapa dan kenapa? Cari punca dan insya-Allah akan jumpa jalan penyelesaiannya.
Berikut adalah beberapa sebab dan cara untuk mengatasinya.
1) Tidak faham soalan. Apabila murid tidak memahami soalan jadi murid sukar untuk respon. Atasi dengan:
- Ubahsuai soalan atau permudahkan.
- Gariskan kata kunci.
- Berikan klue atau pembayang.
- Iringkan dengan bahan media.
- Jika perlu, tulis dan paparkan soalan supaya murid dapat fokus kepada maksud soalan.
2) Tiada keyakinan. Atasi dengan:
- Berikan pujian.
- Berikan peluang menjawab secara berkumpulan dan berperingkat secara individu.
3) Takut salah. Atasi dengan:
- Beri pujian dan dan terima jawapan jika berasas.
- Ada markah kerana cuba menjawab.
4) Malu dengan rakan. Atasi dengan:
- Beri peluang sama rata.
- Minta rakan lain ulang jawapan.
5) Tiada beza jawab atau tidak. Atasi dengan:
- Perlu konsisten dalam memberikan ganjaran kepada murid.
- Sekurang-kurangnya ada pujian dan penghargaan.
6) Bosan. Atasi dengan:
- Sesi soal jawab perlu pelbagai suasana contohnya dalam bentuk Pop Quiz, Quizizz, Open Cards dan sebagainya.
7) Rasa dipaksa dan terpaksa. Atasi dengan:
- Nyatakan kenapa perlu cikgu menyoal dan murid menjawab: guru ingin tahu sejauh mana murid faham, soal jawab jadi petanda samada boleh atau tidak ke tajuk seterusnya dan sebagainya.
- Buat soalan dalam bentuk gamifikasi jadi murid ada sebab untuk terus menjawab.
8) Tidak mahir untuk respon dalam bentuk yang diminta. Atasi dengan:
- Pelbagaikan bentuk respon; lisan, bertulis dan perbuatan.
9) Batasan kemahiran berbahasa. Atasi dengan:
- Beri peluang murid menjawab dalam bentuk kata kunci atau beri masa untuk drafkan jawapan.
- Echo dan beri klu perkataan seterusnya kepada murid.
Sumber: Blog mudahmengajar.blogspot
- Cikgu Herryan Syah Tupan Surian pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Taman Indahpura 1, Kulai dan kini menjawat jawatan sebagai Pegawai School Improvement Specialist Coach (Sisc+) di Pejabat Pendidikan Daerah Kulai
Tip Menarik:
31 cara mengawal murid dalam kelas oleh Cikgu Herryan Syah. Senang sangat!
Teknik graf bantu pelajar Tingkatan Dua hafal Pengasas Kesultanan Negeri dengan mudah