BAYAN BARU- Penjawat awam bakal menerima bonus sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini yang akan diumumkan kelak.

Perkara itu disahkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditemui media di Majlis Sambutan Hari Guru 2019 peringkat kebangsaan ke-48 tengah hari tadi.

Menurutnya, pemberian bonus tersebut bakal diberikan namun tiada jumlah dinyatakan.

"Ada...Kita akan isytiharkan kemudian," katanya ringkas.

Sebelum ini, Kongres Kesatuan Pekerja- Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan mempertimbangkan supaya pemberian bonus raya kepada penjawat awam dan pesara kali ini diberikan sebelum sambutan Aidilfitri.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, pihaknya sudah berbincang dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan menghantar surat kepada Perdana Menteri serta Menteri Kewangan agar pemberian bantuan khas itu menjadi kenyataan.

Beliau berkata pihaknya memohon agar setiap penjawat awam diberikan bonus RM1,000, manakala bagi pesara RM500, dan menurutnya bantuan khas itu dijangka membabitkan jumlah lebih RM1 bilion.

Sementara itu, beberapa negeri telah mengumumkan bonus raya bagi kakitangan kerajaan negeri antaranya Pulau Pinang, Kedah dan Melaka.

Artikel lain:

Maszlee umum 7 inisiatif kurang beban guru dalam ucapan Hari Guru pagi tadi

Patutlah guru-guru ini terima Anugerah Guru Adiwira... rupa-rupanya ini cerita mereka

'Derak Masuk Kapong' peluag guru SK Bukit Jarum dekati murid tak hadir ke sekolah

'Duduk dalam longkang' - Warga sekolah terkejut dekan datang sekolah

Mahu letak SK Mohd Shah sebaris sekolah ternama - Ini tekad guru besar sebelum bersara 2023