BAGI memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta teknologi hijau, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Utama yang terkenal dengan nama SUTAMA menganjurkan Pertandingan Kitar Semula Menjadi Produk peringkat sekolah.

Guru penyelaras Unit Teknologi Hijau, Siti Maslinda Syed Musa berkata, pertandingan itu menitikberatkan elemen pengaplikasian ilmu STEM dan teknologi hijau.

"Program ini adalah satu elemen pendidikan merentasi kurikulum iaitu aspek Reka Bentuk Teknologi (RBT), Geografi dan bahasa.

"Ia menjadi satu platform bagi pelajar mengembangkan idea dan kreativiti masing-masing. Kemahiran psikomotor dan perkembangan kognitif dapat dilihat daripada hasil reka cipta yang dihasilkan," katanya.

Menurut beliau, dengan usaha tersebut diharap dapat menarik minat pelajar untuk menyertai kelab inovasi dan reka cipta sekolah.

"Ini dapat membudayakan sikap penyelidikan dengan menerapkan nilai murni seperti disiplin, amanah, tanggungjawab, berdikari dan keyakinan diri.

"Selain itu idea pelajar dapat diketengahkan ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa kelak," jelasnya.

Program tersebut dianjurkan Unit Teknologi Hijau SUTAMA dengan kerjasama Unit Kokurikulum manakala Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menyumbang hadiah untuk pemenang.

Lebih menarik apabila guru dan pelajar saling kerjasama mencari bahan untuk kitar semula di segenap tempat di sekolah.

"Mereka sangat teruja dengan aktiviti yang dijalankan. Botol air mineral yang kebanyakkannya di ambil di sekitar sekolah dapat ditukarkan kepada produk seperti meja, kerusi dan tong," katanya.

Gigih menjana idea untuk memberi nilai tambah kepada bahan yang dibuang.

Botol air mineral yang dikumpulkan untuk menghasilkan produk baharu.

Cikgu Noor Hayati (duduk, kanan) bersama pemenang sesi pagi.

Katanya lagi, aktiviti kelab dan persatuan berkenaan dijalankan setiap kali perjumpaan kokurikulum pada hari Rabu seperti yang telah disusun oleh Unit Kokurikulum.

"Seramai 3,400 pelajar sesi pagi dan petang terlibat. Selain penghasilan produk, pelajar juga dilatih untuk membentangkan idea masing-masing," katanya.

Sementara itu, pengetuanya, Noor Hayati Embong berkata, program tersebut bertujuan mendidik pelajar agar sayangi alam sekitar dan melihat bahan yang dibuang atau yang tidak boleh digunakan lagi sebagai satu bahan bernilai.

"Kali ini pihak sekolah gunakan botol air mineral dan juga bahan terbuang lain untuk hasilkan satu produk baharu yang boleh digunakan.

"Maka terhasillah kerusi dan meja daripada botol-botol air meneral. Elemen kreatif dan inovatif berjaya ditonjolkan oleh semua kelab dan persatuan dalam produk yang dihasilkan," katanya.

Menurut beliau, pendidikan STEM dan teknologi hijau diterapkan secara merentas kurikulum bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga dalam aktiviti kokurikulum.

 

Hasil kreativiti pelajar sesi petang.

Produk yang dihasilkan peserta Kelab Fotografi yang memenangi tempat pertama sesi petang.

 

Pemenang Pertandingan Kitar Semula Menjadi Produk

1. Sesi pagi

Tempat pertama: Kelab Pencegahan Jenayah

Tempat ke-2: Kelab Reka Bentuk(RBT)

Tempat ke-3: Kelab Inovasi

Tempat ke-4: Persatuan Bahasa Tamil

 

2. Sesi petang

Tempat pertama: Kelab Fotografi

Tempat ke2: Kelab Inovasi

Tempat ke3: Kelab Pencinta Alam

Tempat ke4: Kelab Kerjaya

Pelajar membentangkan apa yang dihasilkan oleh kumpulan mereka.

TAHNIAH SUTAMA!

Artikel Menarik:

Cikgu Kimia kongsi tujuh tip untuk guru baharu - Nombor dua, ramai yang segan buat

'Perlu jaga imej' - Guru ini kongsi empat elemen imej yang perlu ada pada pendidik

Panduan mengemas meja guru agar kemas dan tersusun - Boleh rujuk tip yang dikongsi rakan guru