STOCKHOLM - Seorang kanak-kanak lelaki mencetuskan suasana panik di sebuah sekolah tadika di Sweden  kerana membawa sebutir bom tangan ke  dalam kelas.

Menurut pihak berkuasa, insiden itu berlaku di selatan bandar Kristianstad  kelmarin.

Difahamkan, kanak-kanak terbabit menjumpai bom tangan tersebut di sebuah  lapang sasar di Rinkaby  dan membawanya ke sekolah untuk ditunjukkan kepada rakan sekelas.

Seorang guru yang melihat bom tangan itu kemudian menghubungi polis.

Susulan itu polis menghantar unit pemusnah bom dan menutup akses di kawasan berhampiran.

Bom tangan tersebut berjaya dimusnahkan di tempat kejadian beberapa  jam kemudian.

“Kami tidak tahu tahap kerosakan dan kemusnahan  sekiranya bom tangan tersebut meletup,” kata jurucakap polis. - AFP

Artikel menarik:

'Canteknya' - Enam pelajar ini terkejut dapat pujian daripada Raja Permaisuri Agong

"Berehatlah muridku..."- Catatan hati guru arwah Mejar Zahir ini buat ramai sebak

Murid Tahun Lima SK Hamzah hidap sakit buah pinggang kronik rayu sumbangan

Enam doa ringkas boleh diamalkan untuk anak menghadapi peperiksaan