ALOR SETAR - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Perlis melihat cadangan pemansuhan UPSR adalah satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku walaupun pentaksiran berasaskan sekolah diperkenalkan.

Pengerusinya, Noorizal Zakaria berkata, cadangan itu tidak wajar berikutan sistem pendidikan yang ada di negara ini sekarang berlandaskan sistem peperiksaan.

Artikel berkaitan:

Murid makin malas, guru culas - Pandangan iGuru mengenai kesan mansuh UPSR

Tokoh Guru juga mahu KPM buat kajian menyeluruh sebelum mansuh UPSR - Ini kata Cikgu Nawi

UPSR: Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan minta kerajaan kaji secara terperinci sebelum mansuh

Menurutnya, jika peperiksaan UPSR dimansuhkan, pihaknya melihat kebanyakan murid akan ke sekolah tanpa hala tuju, belajar atas sebab keperluan sahaja sementara kualiti dan tahap murid serta sekolah tidak dapat diukur.

“Jadi, tiada sebab untuk belajar bersungguh-sungguh dan pandai. Cikgu juga akan ambil sikap sambil lewa waktu mengajar atas sebab tiada penekanan terhadap peperiksaan utama di peringkat nasional,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan muka depan Sinar Harian semalam berhubung kenyataan Persatuan Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (iGuru) yang bimbang murid akan menjadi malas jika UPSR dimansuhkan sekiranya tiada alternatif lain.

 Laporan Sinar Harian semalam.

Perkara itu susulan cadangan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) yang mendesak peperiksaan itu dimansuhkan bagi mengurangkan bebanan murid di negara ini.

Noorizal turut mempersoalkan faktor sesuai bagi mempertimbangkan pengambilan pelajar ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster Kecemerlangan jika UPSR dimansuhkan.

“Dalam hal ini, akan wujud ketidakadilan dalam pengambilan dan bukan berdasarkan merit,” katanya.

Baca:

10 topik Sains wajib ulang kaji menjelang UPSR - Ramalan Guru Pakar Sains, Zikgu Zazolnizam

Enam tip berkesan sebelum duduki peperiksaan

Link Soalan Percubaan UPSR 2019 - Penting untuk calon buat latih tubi

Cikgu ini kongsi rahsia skor markah mengikut seksyen bahasa Inggeris penulisan UPSR

Guru ini kongsi panduan skor A subjek bahasa Melayu UPSR