SHAH ALAM - KPM melalui surat bertarikh 15 Februari 2019 telah bersetuju melaksanakan peluasan pelantikan warden asrama kepada kakitangan bukan guru di sekolah.

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata walau bagaimanapun, kementerian mengambil maklum cadangan mewujudkan perjawatan warden tetap di asrama dan akan mengkaji cadangan itu dengan lebih mendalam kerana ia melibatkan pertambahan perjawatan dan membawa implikasi kewangan yang besar kepada kerajaan.

"Kementerian mengambil maklum akan cadangan kenaikan elaun warden asrama dan akan mengkaji dengan lebih lanjut bergantung kepada keupayaan kewangan Kerajaan.

"Dalam pada itu, imbuhan dan elaun kakitangan perkhidmatan awam termasuk elaun Warden asrama adalah di bawah pertimbangan agensi pusat," katanya ketika menjawab isu berkaitan perlantikan dan kenaikan elaun warden asrama yang dibangkitkan oleh Sabri Azit (Adun Jerai, Kedah).

Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan perbahasan rang undang-undang perbekalan 2020 peringkat dasar di Dewan Rakyat semalam.

Artikel lain:

Insentif kepada guru yang menyambung pengajian ke peringkat master dan PhD

'Bantuan Umum, Bantuan Khusus dan Bantuan One-Off' - peringkat sekolah rendah dan menengah

KPM akan terus pastikan murid mendapat bantuan dan sokongan pendidikan relevan dengan keperluan

Biasiswa diberikan pelajar yang layak tanpa kira kaum, agama dan geografi