KEMAMAN - Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail 2, Chukai maut apabila tercampak ke atas penghadang jalan\ dalam kemalangan di Kilometer 157 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Restoran Bangkok Kitchen Geliga, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang kelmarin itu, mangsa, Abdul Rahman Mohd Azmi yang mengalami pendarahan di muka dan kepala maut di lokasi kejadian.

Ketika kejadian, mangsa berumur 17 tahun menunggang motosikal berseorangan menghala ke arah Kuala Terengganu.

Mangsa tercampak di penghadang jalan tidak jauh dari motosikalnya.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Yamaha LC ditunggang mangsa yang tinggal di Kampung Mak Cili Paya, di sini hilang kawalan lalu terbabas menyebabkan mangsa terjatuh dan tercampak ke penghadang jalan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Mohd Haki Hasbullah mengesahkan kejadian berkenaan. Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kemaman bagi tujuan bedah siasat.

“Tempat kejadian dikenal pasti merupakan jalan berselekoh dan dua lorong satu hala. “Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel menarik:

Subjek komputer dan teknologi digital akan diperkenal di peringkat sekolah

'Apabila keluar dari dewan bedah, saya tak dapat kawal perasaan' - Kongsi Dr. Amalina

'Segala-galanya penuh dengan warna-warni' - Cikgu Nurul imbau kenangan manis sewaktu mengajar di MTD

43 murid SK Methodist terima wang zakat PHB

SMKKAMi cipta rekod bacaan al-Quran paling lama di Malaysia