KOTA BHARU - Seramai 11 calon Ujian Penilaian sekolah Rendah (UPSR) dari kalangan anak masyarakat Orang Asli di Sungai Rual. Jeli  ditempatkan di sebuah inap desa bagi membantu mereka lebih fokus terhadap pembelajaran.

Pengarah Program Empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) - Pertubuhan Kemajuan Sosial Malaysia (PKSM), Surain Kanda berkata usaha ini sebagai langkah dalam memastikan mereka hadir ke peperiksaan UPSR selain membolehkan mereka lebih bersedia dari segi mental dan fizikal semasa menduduki peperiksaan selain mengelak gangguan daripada rakan -rakan.

"Mereka turut mengikuti kem intensif yang dikendalikan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) membabitkan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik di Homestay Taman Kifayah, Jeli bermula Selasa lalu dan akan berakhir pada 11 Sept ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata Empower ECER Sungai Rual turut menyediakan bekalan alat tulis kepada calon UPSR itu termasuk peralatan yang belum ada atau rosak sepanjang musim peperiksaan.

"Calon-calon ini kebanyakannya sudah terbiasa tinggal di perkampungan Orang Asli yang serba kekurangan, jadi kami menjadikan inap desa sebagai pusat untuk mengajar mereka dengan pembelajaran secara percuma.

"Selain urusan tempat tinggal, kami juga turut memberi makan dan minuman percuma selama tempoh mereka berada di inap desa ini selain guru tuisyen," katanya. - Bernama

TIP MENARIK:

Dua tajuk penting subjek Sains untuk calon UPSR hafal, ingat - Contoh soalan disediakan (Siri 1)

10 topik Sains wajib ulang kaji menjelang UPSR - Ramalan Guru Pakar Sains, Cikgu Zazolnizam

Guru ini kongsi 10 panduan skor A subjek bahasa Melayu UPSR

Enam tip berkesan sebelum duduki peperiksaan