SHAH ALAM - Baru-baru ini, tular sekeping gambar seorang pengguna di Twitter bersama rakan sekelasnya menggayakan fesyen baju kurung dan selendang inspirasi daripada gaya Raja Permaisuri Agong.

Menerusi perkongsian gambar tersebut, ramai warganet yang memuji penampilan sopan mereka. Tidak terkecuali, gambar berkenaan mendapat like yang banyak daripada warganet.

Lebih mengujakan, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan membalas ciapan tersebut dengan menzahirkan pujian kepada mereka.  

Ketika dihubungi GPS Bestari, pemilik Twitter milik sarahmiisha itu, merupakan pelajar Tingkatan Lima di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 24 (2).

Sarahmiisha atau nama sebenarnya Sarah Misha Mirza Mohammad Raziq Beg berkongsi cerita di sebalik gambar berkenaan.

Katanya, seramai enam pelajar SMK Seksyen 24 (2) telah mengayakan fesyen permaisuri tersebut.

"Fesyen itu kami gayakan untuk sesi penggambaran bagi majalah sekolah di bahagian ‘senior page’

"Fesyen sebegini sangat anggun dan sopan malah langsung tidak rumit kerana kami hanya mengenakan yang simple-simple sahaja," ujarnya dengan menambah pakaian yang digayakan oleh mereka merupakan baju kurung masing-masing...cuma mereka hanya menambah selendang yang bersesuaian sahaja.

Menurut Sarah Misha, idea memakai pakaian seperti Raja Permaisuri Agong itu datang daripada dua rakannya.

"Dua rakan saya telah ke bilik guru untuk berjumpa dengan salah seorang guru.

"Kebetulan, guru berkenaan berkongsi cerita tentang gaya pemakaian Raja Permaisuri Agong yang sangat cantik dan sopan itu.

"Justeru, pada malam sebelum penggambaran majalah sekolah, dua rakan tadi mencadangkan agar kami berfesyen sedemikian dan akhirnya kami setuju," katanya.

Akhir sekali, Sarah Misha sangat berharap fesyen Raja Permaisuri Agong boleh menjadi ikutan semua masyarakat tanpa mengenal usia.    

  

Sarah Misha (kiri) bersama salah seorang rakan menggayakan fesyen baju kurung dan selendang inspirasi Raja Permaisuri Agong. 

Artikel Menarik:

Tak tahan tengok pelajar tak mampu beli makanan di kantin...cikgu ini sanggup sedia makanan percuma

"Balik oi balik...."- Aksi Che Tam hambat kerbau, curi perhatian

Sedapnya suara, syair Cikgu Azizah raih lebih 400 ribu tontonan

"Berehatlah muridku..."- Catatan hati guru arwah Mejar Zahir ini buat ramai sebak

Ramai meremang dengar suara merdu dua cikgu cantik dari Kuala Pilah ini