Selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan (KPM), untuk melahirkan generasi yang minat membaca dan berilmu, seramai 1450 murid tahap dua, Sekolah Kebangsaan Sg Binjai, Meru, Klang telah menyahut seruan Jom Baca bersama Sinar Harian dan GPS Bestari, 9 Oktober lalu.

Program yang diadakan di dataran SK Sungai Binjai, Meru Klang itu turut dihadiri Guru Besar SK Sg Binjai, Cikgu Roslan Zakaria, Pengerusi Penganjuran Anugerah MyHero Award, Datuk Wira Richard Lau, pemenang Anugerah MyHero Award, Jameyah Sheriff, Naib Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Negara, Dave Lim Keat Hin,  Naib Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Awam dan Industri Pelancongan Wilfred Wong Vui Hiung, Ahli Jawatankuasa Perpaduan Negara, Kevin Chang Chung Hua, Sunny Tong San Gin dan juga 50 orang guru sesi pagi sekolah itu.

Datuk Wira Richard Lau, melancarkan ‘Jom Baca’ Sinar Harian, disaksikan oleh Roslan Zakria dan Jameyah Sheriff

Dalam majlis tersebut, The Chinese Chamber of Commerce and industry of Kuala Lumpur & Selangor (KLSCCCI) turut menaja dan mengedarkan 1500 naskah akhbar Sinar Harian kepada murid tahun empat dan lima.

Richard Lau dan Roslan mengedarkan surat khabar Sinar Harian kepada murid

Guru Besar SK Sg Binjai, Cikgu Roslan Zakaria dalam ucapannya berkata, program Jom Baca bersama Sinar Harian dan GPS Bestari ini merupakan satu inisiatif sekolah untuk menyahut seruan KPM untuk memupuk minat membaca dalam kalangan murid-murid.

Antara murid tahap dua yang mengikuti program ‘Jom Baca’ SK Sungai Binjai, Sinar Harian

“Selain buku cerita, murid murid turut didedahkan dengan bahan bacaan berbentuk surat khabar dan majalah. Ia bukan sahaja dapat menerapkan nilai jom baca dalam kalangan muird, tetapi juga membantu tanamkan nilai ‘nilam’ dalam diri murid,”katanya.

Menurutnya, program ‘Jom Baca’ bukan sahaja mampu mencetuskan fenomena minat membaca, malah ia juga membantu murid-murid dapat menulis dengan baik, terutamanya subjek Bahasa Melayu.

Sebahagian murid menunjukkan muka depan Sinar Harian

‘Jom Baca’ Sinar Harian, memupuk budaya membaca dalam kalangan murid-murid

Artikel lain:

Peserta bengkel Cikguku Cantik teruja dapat sumbangan Shopee

Tiga jenis makanan ini bantu kuatkan daya ingatan...nombor satu senang nak cari

Ustaz Malik dari SK Kampung Jepak kembali lagi! Kali ini mengenai misteri sebilah keris pusaka