DI SEKOLAH, suasana boleh menjadi sangat bosan dan memenatkan. Dipengaruhi dengan suasana persekitaran yang tidak selesa, kadang-kadang cuaca yang kurang baik dan tajuk yang diajar pula agar sukar untuk murid minati.

Dengan keadaan sebegini, sudah pasti murid-murid akan mengantuk tambahan pula mereka ke sekolah tanpa dalam keadaan tidak bersedia.

Cikgu Herryan Syah Tupan Surian yang pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Taman Indahpura 1, Kulai dan kini menjawat jawatan sebagai Pegawai School Improvement Specialist Coach (Sisc+) di Pejabat Pendidikan Daerah Kulai berkata, ada cara untuk tarik perhatian murid mengikuti pembelajaran dengan baik.

“Cikgu-cikgu boleh cuba pelbagai cara dari segi PdPc tetapi ada masanya hal ini disebabkan oleh kesediaan fizikal dan tenaga murid.

“Oleh itu, saya cadangkan kita buat senaman ringkas untuk beri murid tenaga, kesedaran mental dan menjadi seronok untuk berinteraksi dalam kelas,” katanya.

Pentingnya senaman ringkas sebelum PdPc ini bermula adalah kerana:

1) Dapat menyegarkan kembali murid, bila berlaku pergerakan fizikal, murid dapat meringankan bebanan mental.

2) Melancarkan peredaran darah.

3) Jantung bergerak lebih aktif dan dengan itu dapat mengepam darah dengan baik dan lancar ke otak.

4) Aktiviti fizikal dapat mengeluarkan hormon Endorphin yang mencetuskan rasa gembira apabila berlaku aktiviti bersenam.

5) Murid lebih ceria dan dapat berinteraksi bersama guru dan rakan-rakan.

6) Murid dapat ketawa dan rasa gembira bersama rakan-rakan.

7) Guru dilihat sebagai seorang yang terbuka dan ceria.

“Aktiviti senaman ringkas tidak perlu mengambil masa yang lama. Hanya perlu 5-7 minit sahaja. Dengan kekangan masa, aktiviti senaman ringkas boleh dibuat hanya dua kali sehari iaitu sebelum subjek pertama awal pagi dan subjek pertama selepas waktu rehat.

“Mahu lebih kreatif, berikan murid ruang untuk mereka ‘lead’. Pastinya mereka ada lagu-lagu dan gaya yang cukup kreatif. Siapa kata sekolah perlu menjadi tempat yang membosankan,” kata Cikgu Herryan Syah.  

Sumber: Blog mudahmengajar

Artikel Menarik:

15 aktiviti yang boleh murid tahun enam buat selepas UPSR...semuanya bermanfaat!!

10 makanan terbaik untuk otak - Pelajar boleh amalkan selalu!

Panduan mengemas meja guru agar kemas dan tersusun - Boleh rujuk tip yang dikongsi rakan guru