Mudahnya belajar jawi dengan kaedah yang dikongsi oleh ustazah Supiyaton Mokti ni. Menurut guru Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Gemencheh, Negeri Sembilan ini, BBM yang digunakan untuk mengajar murid yang lemah tidak perlu sarat dengan gambar, corak dan hiasan. Sebaliknya, biarlah hitam putih, ia sedikit sebanyak memudahkan murid untuk lebih fokus dengan huruf jawi yang perlu diingat.  

Saya nak kongsi pengalaman mengajar asas Jawi dari tahun 1989 hinggalah sekarang 2019. Mohon maaf tulisan jawi saya ni tak keluar pula dalam FB. Jadi tulisan jawi tu saya taip rumi ye. Sebagai rujukan saya kongsi gambar huruf tersebut.

1. Ajar murid menghafal dan latih tubi menulis 19 huruf sahaja. Terutama bagi yang lemah. Huruf-hurufnya ialah: Alif, Ba, Ta, Jim, Ca, Dal, Ro, Sin, Nga, Pa, Kaf, Ga, Lam, Mim, Nun, Nya, Wow, Ha, Ya

2. Mulakan menghafal Dan latih tubi menyebut huruf. Pastikan huruf tidak terlalu banyak. Sehari dua huruf sudah memadai.

3. Latih tubi menghafal sambil menulis huruf. Anak-anak boleh gunakan mini white board dan marker untuk menulis. ( mudah untuk dipadamkan)

4. Bila sudah mengenal & boleh menulis huruf, tambah huruf yang baru. ## Ingat sambil tulis huruf yang baru perlu dilatih tubi bersama huruf yang telah mereka kenal supaya ingatan tekal.

5. Pastikan mengenal, menghafal dan menulis huruf ikutan urutan huruf 19 ini. ( Mudah untuk belajar asas suku kata terbuka nanti )

6. Pada peringkat awal jangan terlampau ditekankan supaya tulisan cantik, anak akan rasa “terbeban”jika diberikan penekanan "tulisan cantik" maka akan wujud kebosanan. Cukup mereka boleh mengenal dan menyebut serta boleh menulis huruf tersebut. Terutamanya murid lemah, mereka akan rasa 'tertekan' dengan kesempurnaan.

7. Peringkat ini juga jangan terlampau beri penekanan kepada padanan huruf ruminya. Cukup sekadar kita menyebut masa kita mengajar. Kebiasaannya anak akan menguasai semasa kita mengajar suku kata terbuka.

8. Jangan lupa setiap kali kita mengajar pastikan ada latihan menulis untuk pengukuhan kepada anak-anak. #perhatian latih tubi menulis penting untuk penguasaan Jawi.

9. Pastikan anak-anak betul-betul menguasai 19 huruf ini sebelum beralih kepada suku kata terbuka.

10. MENGAPA 19 HURUF? Alif, Ba, Ta, Jim, Ca, Dal, Ro, Sin, Nga, Pa, Kaf, Ga, Lam, Mim, Nun, Nya, Wow, Ha, Ya

i. Mudah anak-anak mengingat. Huruf selain dari huruf ini mereka pelajari dari Bahasa Arab dan pembacaan Iqra’

ii. 19 Huruf ini yang paling sering digunakan dalam bahasa Melayu dalam kehidupan seharian.(sesuai dengan asas jawi langkah kedua iaitu suku kata terbuka)

iii. Anak-anak tidak terbeban untuk menghafal huruf yang banyak.

iv. Ingat selepas huruf tunggal jawi akan ke langkah seterusnya iaitu suku kata terbuka. Ikut aturan huruf 19 ini, supaya anak-anak mudah menyebut huruf-huruf semasa mengeja suku kata terbuka nanti.

PERHATIAN :

BBM yang digunakan pada anak-anak yang lemah jangan terlampau banyak gangguan seperti gambar, hiasan atau corak-corak dan sebagainya. Kita perlu ingat semula kepada konsep dan tujuan BBM dibina. Mungkin kepada anak bijak tidak mendatangkan masalah atau gangguan kepada mereka. Sebaliknya kepada anak-anak yang lemah, ia merupakan satu halangan bagi mereka. Adakala kita terlepas pandang perkara ini kerana “ ghairah” dengan hiasan yang cantik tanpa sedar ianya punca gangguan tumpuan anak-anak kepada perkara pokok yang kita ajar.

Pastikan BBM Huruf Tunggal Jawi :

I. Besar dapat dilihat dengan jelas.

II. Seeloknya hitam putih.

III. Tidak semestinya BBM menggunakan IT semata. Banyak pilihan lain untuk dibina.

IV. Boleh dirasa dan disentuh supaya dekat dijiwa anak-anak.

#Sayasukajawi

#santaijawi
Sumber: Ustazah Supiyaton Mokti

ARTIKEL MENARIK:

'Tariklah saya ke syurga' - Pesan Cikgu Khairul dalam video tular peluk murid Pendidikan Khas

‘Saya nak jaga mak, ayah…”- Guru ini dedah kisah sebenar tinggalkan pelajar istimewa

Patutlah beliau dinobat Guru Pendidikan Khas Terbaik Asia.. niatnya murni, usahanya tanpa batas

Tragedi bot terjunam ke dasar tasik - 'Perginya' Cikgu Fauzi buat Cikgu Rahman rindu kenangan lalu

Sejarah nama lima sekolah yang terkenal di Malaysia - Ini faktanya