KEPUTUSAN peperiksaan UPSR diumumkan hari ini.

Murid yang memperolehi keputusan cemerlang, tahniah diucapkan. Kepada yang kurang berjaya, diharapkan tidak berputus asa dan gandakan lagi usaha pada masa akan datang.

Sedikit pesanan daripada Cikgu Mohd Fadli Salleh kepada ibu bapa dan calon UPSR 2019.

Jom tengok, apa pesanan beliau yang dikongsi olehnya menerusi telegram Tips Matematik dan Isu Pendidikan Semasa hari ini.

1) Yang ada anak UPSR, walau berapa pun keputusan, raikanlah mereka.

2) Kalau pernah berjanji nak hadiahkan apa-apa, berilah juga walau mereka tak capai target. Sesungguhnya mereka telah mencuba sedaya upaya.

3) Janganlah membanding beza keputusan dengan kakak dan abang yang lain. Bandingkan dengan orang luar lagi jangan sesekali.

4) Saat ini anak-anak yang rendah keputusannya sangat memerlukan sokongan ibu bapa dan ahli keluarga. Walau mereka diam sahaja, walau konon-kononnya redha, tapi pasti ada rasa sedih yang amat dipendam.

5) Jika mereka menangis kerana gagal, biarkan mereka menangis sepuasnya. Biar mereka sedar bahawa untuk mengecap kejayaan perlukan usaha gigih yang bukan sedikit.

6) Setelah itu, berilah kata-kata semangat dan biar keputusan rendah kali ini menjadi pengajaran kepada mereka untuk berusaha lebih gigih di sekolah menengah nanti.

7) Jangan terlalu memperlekehkan UPSR kononnya “Ala, UPSR je pun. Bukan apa-apa.” Jika selalu dimomokkan supaya tak perlu berusaha dengan gigih, aku risau sikap acuh tak acuh akan diteruskan sehingga alam sekolah menengah, universiti dan kehidupan mereka besar nanti. Hidup diluar sana jauh lebih kejam dan keras.

8) Yang berjaya cemerlang pula, disampang raikan dengan hadiah dan kata pujian, perlu juga ingatkan mereka jangan leka. Ramai cemerlang UPSR tapi kecundang PT3 dan SPM.

9) UPSR ini penanda aras yang sangat penting sebagai penanda aras dan titik tolak supaya mereka lebih cemerlang di masa akan datang. Sekali lagi diingatkan, jangan meremehkan peperiksaan UPSR.

10) Akhir sekali, jangan lupa segala kejayaan/kegagalan adalah ujian dari Tuhan. Walau gagal, walau berjaya, sujud itu perlu. Didik anak begitu. Dan jangan lupakan jasa guru-guru. Bukan guru-guru Tahun Enam sahaja, tapi sejak pra sekolah lagi.

Semoga semua calon UPSR tahun ni cemerlang dan terus berjaya di masa akan datang.

Artikel Menarik:

Tujuh tugas yang perlu digalas oleh cikgu bila dilantik sebagai Ketua Panitia

Semakan keputusan UPSR dan PASR, 21 November ini

'Persiapkan emosi anak yang bakal ke Tahun Satu' - Cikgu ini bagi ayat pujuk 'baik punya'