PUCHONG - Merujuk kepada ‘Geeta Rani’, watak seorang guru besar tegas dalam filem Tamil dari India, Raatchasi,  Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik percaya ada ramai 'Geeta Rani' di negara ini.

Maszlee berkata aspirasi yang dibawa oleh Geeta Rani boleh diaplikasikan dalam senario pendidikan negara seperti menjadikan sekolah bukan hanya medium untuk mendidik tetapi juga sebagai sesuatu yang dimiliki masyarakat dan memulangkannya semula kepada masyarakat.

"Begitu juga kita lihat cikgu Geeta makan bersama anak muridnya, saya juga menggalakkan ini dilakukan oleh guru kita, apatah lagi kita akan mulakan program sarapan percuma untuk murid mulai tahun hadapan," katanya selepas menghadiri sesi tayangan khas filem 'Raatchasi' bersama penerbit dan pengarah filem itu di Setiawalk Mall, dekat sini semalam.

Sesi tanyangan tersebut turut dihadiri lebih 100 guru, pengetua, guru besar dan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di sekitar Lembah Klang.

 

 

 

Sementara itu, Maszlee turut menyeru, ibu bapa, murid dan juga masyarakat untuk memaklumkan kepada KPM, sekiranya terdapat guru-guru hebat di luar sana yang boleh diketengahkan.

"Jika di dalam filem tersebut, kita ada Cikgu Geetha yang diangkat sebagai wiranya, di Malaysia juga kita ada ramai guru-guru adiwira yang perlu kita kenali dan hargai jasanya,"katanya.

Maszlee turut menyarankan agar semua pemimpin sekolah menonton filem ini. Semoga apa yang dikongsikan itu dapat memberikan inspirasi kepada semua untuk membawa perubahan dalam pendidikan.

"Filem tersebut mengetengahkan tentang perjuangan seorang guru besar datang ke sebuah sekolah yang sudah tiada harapan. Namun dia telah membuktikan, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

"Keazaman dan komitmen seorang guru besar wanita bernama Cikgu Geetha itu telah membawa perubahan besar dalam sekolah. Dia merancang apa yang diinginkan, perancangan yang berlandaskan kepada visi yang lebih jelas dan juga dokongan dari semua pihak,"ujar beliau.

Maszlee memberitahu, untuk membawa perubahan, Cikgu Geetha tidak boleh lakukannya seorang diri, tetapi perlukan  dokongan dari pelbagai pihak. Jadi ini yang kita mahukan dalam pendidikan kita.

"Hari ini, sebenarnya banyak perubahan yang ingin kita bawa. Justeru, kita memerlukan dokongan dari semua anggota masyarakat, NGO, ibu bapa, dan semua pihak yang terlibat. Agar lahir golongan pelajar yang terpelajar, berdisiplin dan berminda sivik.

"Saya yakin, apa yang digambarkan menerusi filem tersebut dapat diterjemahkan oleh guru-guru dan pemimpin-pemimpin sekolah,"katanya.

Filem Raatchasi, arahan S Gowthamraj itu memaparkan Jyotika memainkan peranan utama dalam mengharungi liku dan ranjau sebagai seorang guru besar yang tegar, demi membaik pulih keadaan sekolah yang daif, walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran.

Filem tersebut juga memaparkan isu sebenar yang berlaku dalam masyarakat seperti keciciran murid, di mana Geeta telah mengambil pendekatan melaksanakan 'sifar keciciran' murid yang boleh dijadikan inspirasi guru negara ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Maszlee mahu Raatchasi jadi aspirasi kepada pendidik]

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Jika tahu ada pengetua, guru besar atau guru yang hebat kongsi dengan kami' - Maszlee]

Artikel lain:

Empat sebab Dr Maszlee menangis - Bimbang ada pegawai tak sehaluan dengan aspirasi yang ditonjolkan

'Kepada rakan saya di KPM, jangan gagalkan anak-anak kita' - Maszlee

'Tak jadi marah bila tengok tulisan murid Tahun Enam' - Cikgu Norashikin dedah siapa pemiliknya

Teknik belajar 'last minute' yang patut pelajar tahu...tapi jangan amalkan selalu tau

'Tetap serius dan tegas ketika mengajar walaupun berwajah 'baby face' - Cikgu Ian Francis Manga