MENGAJAR pelajar kategori murid berkeperluan khas (MBK) merupakan satu pengalaman yang tidak ternilai buat guru ini.

Minat yang mendalam dan sentiasa teruja meniti hari bersama anak muridnya membuatkan beliau sering mencari idea kreatif untuk mewujudkan sesi pengajaran yang pembelajaran yang menyeronokkan di dalam kelas.

Guru Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Kota Tinggi, Halizah Ahmad berkata, beliau sebolehnya mahu memenuhi matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 selaras dengan anjakan ke-7 iaitu memanfaatkan ICT bagi kualiti pembelajaran dalam gelombang ke-2, memacu inovasi ICT khususnya untuk pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran terarah kendiri dalam setiap pengajaran dan pemudahcara (PdPc) di dalam  kelas.

"Sedar akan kelebihan dan kekurangan pelajar MBK ini, saya cuba menjadikan aktiviti pembelajaran yang menarik, 'hands-on' lagi menyeronokkan bagi topik Pembundaran, Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK) Tingkatan 1," katanya.

Kata kepada GPS Bestari, sebagai aktiviti pemula, pelajar diberi beberapa biji dadu kemudian melempar kesemua dadu serentak di atas meja, bacaan setiap dadu akan diambil dan pelajar perlu mengenal pasti dan menyebut nilai setiap dadu.

Berkongsi amalan terbaik dalam bilik darjahnya, Halizah berkata, aktiviti biji dadu mengimbas pelajaran lalu iaitu topik Nombor Bulat dan secara tidak langsung dapat merangsang pergerakan serta kemahiran koordinasi mata-tangan MBK.

"Aktiviti pertama yang dilakukan dalam PdPc ini, pelajar diberi set ‘Tetingkap Bundar’ secara individu untuk mengukuhkan konsep asas pembundaran.

"Pelajar kemudiannya dibimbing bagaimana untuk menyelesaikan masalah pembundaran dengan bantuan bahan inovasi yang dihasilkan. Mereka akan diberi contoh  dan cara penyelesaian penggunaan bundar dalam kehidupan harian," katanya.

Inovasi itu melayakkan beliau mendapat johan dalam Pertandingan Guru Inovatif Peringkat daerah Kota Tinggi 2019 dan diumum pemenang sagu hati Kempen Guru  PAK21 oleh Kementerian Pendidikan (KPM) yang melayakkan beliau bergelar Adiwira PAK21.

Pemenang sagu hati membawa pulang tunai RM300, 35 x VR Goggles, plak berserta sijil, Microsoft Surface 3 sumbangan Microsoft, Latihan Profesional bersama  Microsoft dan U-Pointer sumbangan Maiza Tech Sdn Bhd.

Hadiah untuk pelajar berjaya

Halizah berkata, aktiviti kedua yang dilakukan adalah pelajar dibahagikan kepada dua atau tiga orang setiap kumpulan dan diberi tablet untuk melakukan aktiviti adaptasi mencari harta karun iaitu ‘Bundar QR Code Challenge' secara luar talian.

"Dalam aktiviti kdua ini, pelajar perlu mengimbas kod QR untuk menyelesaikan lima soalan pembundaran pada lima 'check point'.  Aktiviti ini dapat melibatkan murid berkomunikasi dan berfikir secara kritis untuk membundar nombor. Jawapan akan dicatat ke dalam buku latihan," jelasnya.

Guru berasal dari Muar itu berkata, kumpulan terawal yang berjata menyelesaikan masalah akan dibenarkan bermain permainan 'Video Sensing' sebagai aktiviti ketiga.

"Dalam permainan 'Video Sensing', pelajar menyentuh bola secara maya yang mempunyai jawapan pembundaran. Pelajar boleh berbincang mencari jawapan dan bertoleransi menentukan siapa yang akan menanduk bola tersebut mengikut giliran.

"Aktiviti keempat pula, pelajar diberi kepingan-kepingan kad Tarsia Pembundaran untuk dicantum dan diselesaikan bersama ahli kumpulan," katanya.

Pelajar perlu mengimbas kod untuk melakukan aktiviti Bundar QR Challenge.

Kumpulan yang palig cepat menyiapkan tugasan berpeluang bermain Permainan 'Video Sensing' Bola Bundar.

Pelajar menggunakan kad Tarsia Pembundaran untuk dicantum dan diselesaikan bersama ahli kumpulan.

Menurutnya, setelah pelajar menguasai kemahiran membundar, pelajar diberi latihan pengukuhan dalam bentuk peta bulatan dan menulis menggunakan kaedah dakwat digital.

"Pelajar dibekalkan kerja rumah Bundar Minecraft. Mereka perlu mewarnakan jawapan pembundaran dalam piksel yang betul untuk mendapatkan imej yang tersembunyi setelah lengkap diwarnakan.

"Sebagai aktiviti penutup, pelajar perlu menulis refleksi sesi pembelajaran hari tersebut dengan menterjemahkannya dalam komen dan ditampal di ruangan lot parkir kelas," ujarnya.

Selain itu, kata Halizah, PdPc pendidikan khas bukan terhad dalam bilik darjah sahaja, oleh itu projek menaik taraf persekitaran kelas dilakukan iaitu Level up Classroom bagi menjadikannya lebih kondusif lagi interaktif.

"Saya mengaplikasikan hasil seni cat dinding dan lantai yang bukan sekadar mural tetapi dihidupkan dengan Augmanted Reality pada gambar tersebut yang boleh digunakan semasa PdPc.

"Laluan sensori jalan lurus, belok, menapak, melompat turut diwujudkan untuk melatih kemahiran manipulatif pelajar MBK dan menjadi daya tarikan pelajar aliran perdana turut serta.

"Lebih menarik, laluan sensori mempunyai tema tertentu seperti jalan raya, air terjun, sungai, flora dan fauna serta angkasa lepas teng-teng," katanya.

Halizah berkata, penerapan elemen terapi dalam PdPc boleh membantu meningkatan keupayaan MBK berkefungsian rendah.

"Pelajar MBK yang turut serta dalam projek ini untuk melatih kemahiran pemasangan, baik pulih dan mengecat," jelasnya.

Halizah juga pernah memenangi anugerah emas dan merangkul hadiah utama dalam Pertandingan Amalan Terbaik Pembelajaran Abad ke-21 yang berlangsung pada 21 hingga 23 Ogos 2016 di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggung Ibrahim, Johor Bahru sempena Karnival Pendidikan Kebangsaan.

Bahan yang dipertandingkan ialah aplikasi Komputer Kami, buku kerja dan permainan Puzzle Tarsia.

 

 

http://172.20.3.104:8080/polopoly/polopoly_fs/1.926869.1559269452!/image/image.jpg

Pelajar mewarnakan jawapan pembundaran dalam piksel yang betul

http://172.20.3.104:8080/polopoly/polopoly_fs/1.926873.1559271295!/image/image.jpg

http://172.20.3.104:8080/polopoly/polopoly_fs/1.926874.1559271305!/image/image.jpg

Halizah mengadakan aktiviti Pengukuhan Pembundaran bersama pelajarnya.

http://172.20.3.104:8080/polopoly/polopoly_fs/1.926875.1559271308!/image/image.jpg

Contoh Level up Classroom yang dilakukan.

http://172.20.3.104:8080/polopoly/polopoly_fs/1.926878.1559271371!/image/image.jpg

Penerapan elemen terapi yang laluan sensori.

http://172.20.3.104:8080/polopoly/polopoly_fs/1.926880.1559271397!/image/image.jpg

Halizah ketika menerima Anugerah Emas dan merangkul hadiah utama dalam Pertandingan Amalan Terbaik Pembelajaran Abad ke-21 dua tahun lalu.

 

Profil

Nama: Halizah bintiAhmad

Jawatan: Guru Program Pendidikan Khas Integrasi

Umur: 40 tahun

Asal : Muar, Johor

Sekolah : SMK Bandar Kota Tinggi, Johor

Pendidikan:

- SK Parit Latiff, Muar (1986-1989)

- SK Seri Merlong, Batu Pahat, Johor (1989-1991)

- SM Pekan Baru, Muar (1992-1994)

- SPM: SM Teknik Melaka (1995-1996)

- Universiti: Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer, UTM Skudai (1997-2001)

- Diploma Pendidikan, UPSI (2007)

- Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan), UTM 2015

 

Perkhidmatan:

1. SMK Taman Kota Jaya (2008-2014)

2. SMK Bandar Kota Tinggi (2015-sekarang)

 

Kecemerlangan

2016

- Jurulatih & Chaperon: Global IT Challenge for Youth with Disabilities, Yangzhou, China (1 perak, 2 gangsa)

- Best Winner: Learning Content Challenge (Malaysia ICT Challenge for Special Needs)

- Johor Leader

- Award (Johor ICT Challenge for Special Needs)

- Anugerah Guru Pendidikan Khas Daerah Kota Tinggi

2017

- Anugerah Guru Inovatif Daerah Kota Tinggi - 2017

2019

- Top 10 Finalis Guru ADIWIRA PAK 21

Perkhidmatan Bukan Kerajaan:

- Kolej Shah Putra (2002-2003)

- MIMOS Smart Computing (2004)

- Sanyo PT (M) Sdn Bhd (2005-2006)

Artikel lain:

Naik 'ghost train' seawal jam 6 pagi pergi sekolah...sekumpulan pelajar SMK Dabong sangat tabah

Tajau usia 500 tahun perlu dimusnahkan..Ustaz Malik mahu Aki jujur bercerita dan ini yang berlaku

'Rezeki dapat pindah' - Guru dari Sarawak kongsi berita gembira mengenai EGtukar