Hanya guru yang bersemangat tinggi, berani dan bersedia mengharungi cabaran sahaja yang terpilih untuk mengajar dan tinggal di pedalaman.

Antara cabaran besar yang terpaksa mereka lalui adalah berjalan kaki merentas kawasan balak yang berlumpur, berperahu dan menaiki bot di sungai.

Cikgu Muhammad Syauqi

Begitu jugalah halnya jika berlaku kerosakan generator di rumah atau sekolah, maka untuk mengatasi masalah, terpaksalah guru-guru ini menumpang makanan di peti sejuk milik penduduk kampung yang kebanyakannya bukan Islam.

Inilah antara pengalaman yang dilalui oleh Cikgu Muhammad Syauqi yang berkhidmat sebagai guru di Belaga Sarawak. Biarpun pelbagai cabaran dan pengalaman baru terpaksa dilaluinya, namun dia tetap tabah dan menjadikan pengalaman itu sebagai kenangan terindah sepanjang bergelar pendidik.

Perjalanan kira-kira 1 jam 30 minit menggunakan setenteng(perahu) dari sekolah ke perkampungan Kenyah Badeng Long Lawen.Bakal bermalam bersama-sama orang kampung di sini di rumah panjang mereka.

Ikuti perkongsian Cikgu Muhammad Syauqi di facebook miliknya.

"Boleh saya tumpang letak barang dalam "ice box" kamu?"

"Tapi cikgu...ada khinzir dalam ni."

Aku sudah tiada pilihan lain. Generator sekolahku telah kehabisan minyak. Bekalan minyak baru pula tidak tahu bila akan tiba. Generator tidak dapat beroperasi malam itu dan kami bergelap. Aku bersama isteri dan anak kecil pula baru pulang ke sekolah setelah membeli stok barang-barang basah untuk sebulan di Bintulu.

Mahu atau tidak, malam itu aku membawa beberapa barang mentah yang dibeli ke rumah orang kampung berketurunan Kenyah yang terletak tidak jauh dari sekolah. Bimbang barang-barang makanan tersebut busuk dan akhirnya hanya diberi makan anjing.

Suasana malam di rumah panjang Long Lawen. Selesai sahaja bersembahyang, mereka yang beragama Kristian mengajak aku untuk makan buah rambutan bersama-sama di ruai (koridor rumah panjang).

"Tidak apa tu, saya sudah bungkus dalam plastik. Tidak ada masalah kalau ada khinzir dalam ice box kamu,"ujarku kepada Rait. Dia kelihatan serba-salah ketika aku menyatakan hasratku. Orang kampung di situ beragama Kristian. Hanya kami guru-guru dari Semenanjung yang beragama Islam di kawasan sekolah.

"Macam ni la cikgu, saya alihkan khinzir itu di bawah sekali. Saya atur barang-barang lain biar tindih khinzir itu di bawah sekali. Barang-barang cikgu saya letak atas sekali,"Rait membalas.

Sungguh,sungguh aku terharu dengan apa yang dilakukan Rait. Walaupun dia tidak sebangsa, seagama denganku, namun dia menghormatiku sebagai Muslim. Sanggup dia bersusah-payah menyusun atur kembali barang-barang di dalam "ice box" agar daging khinzir kepunyaannya tidak bercampur dengan barang makananku.

Dan kisah Rait ini hanyalah satu daripada berjuta lagi kisah-kisah di Sarawak bagaimana masyarakat yang berbilang bangsa dan agama hidup harmoni menghormati satu sama lain.

“Bukan untuk mengherdik, tetapi mendidik. Moga cerita ini dapat memupuk toleransi dalam jiwa masyarakat berbilang bangsa dan agama.Tak kira agama apa, bangsa apa, pastinya akan ada manusia yang baik-baik, mempunyai sifat "manusiawi" dalam diri.” - Cikgu Muhammad Syauqi.

INFO! Kenyah merupakan salah satu etnik yang terdapat di Sarawak. Kenyah ni pun banyak jenis, antaranya Uma Badeng,Uma Kulit, dan Uma Bakah. Bahasa yang dituturkan juga tidak sama. Itu kau jangan pelik kalau tengok sama-sama Kenyah tapi cakap guna Bahasa Melayu.

ARTIKEL MENARIK:

Tak berganjak walau seminit..kesetiaan murid tahun 6 temani rakan berkerusi roda buat netizen sebak

Cikgu, budimu kubawa mati! - Tulisan Datuk Jalil yang menyentuh hati

'Tak apa Alia, kalian dan Allah bersama saya..' - Cikgu Fadli disekat jumpa Alia

Murid dapat E dalam ujian, tapi UPSR, keputusan sangat cemerlang..cikgu ini kongsi formula penting

Rahsia nota kecil ditulis pelajar 19 tahun..cikgu ini kongsi isi nota yang buat hatinya tersentuh

 

 

 

 

 

Anda ada cerita menarik untuk dikongsikan kepada kami? Emelkan kepada [email protected]