Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan 18 Mac lalu, guru Sains Sekolah Kebangsaan (SK) Binjai, Jitra, Kedah ini membimbing 17 muridnya membuat 30 projek pengawetan makanan hanya secara dalam talian.

Cikgu Norhayaty Yahya dab mesra dengan panggilan Cikgu McNor berkata, kekangan untuk hadir ke sekolah membuatkan beliau memilih konsep pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek bagi memberi pemahaman jelas kepada muridnya mengenai topik Pengawetan Makanan bagi silibus Sains Tahun Enam.

Salah satu projek yang dilakukan muridnya adalah pengawetan ikan untuk menghasilkan budu.

Kelas online Cikgu Mc Nor melalui aplikasi Zoom ketika mengajar muridnya topik Pengawetan Makanan.

Melihatkan musim ikan tengah banyak Cikgu McNor berpendapat sesuai untuk membimbing muridnya membuat budu sebagai salah satu projek dalam topik yang diajar.

"Budu merupakan elemen penambah selera bagi masyarakat Kedah ketika makan nasi.

"Dengan membuat budu, murid boleh faham bagaimana untuk khasiat sama seperti makan ikan dan dalam masa sama ia tahan lama serta boleh dinikmati bila-bila masa," katanya.

Cg Mc Nor mengadakan kelas mengajar topik Pengawetan Makanan menggunakan aplikasi Zoom dan kemudian membimbing muridnya melakukan aktiviti melalui grup WhatsApp.

Antara yang dihasilkan ialah jem, cili jeruk, telur masin, bawang putih jeruk, ikan salai dan pelbagai lagi.

Langkah demi langkah membuat jeruk cili dan bawang putih yang diajar Cikgu McNor.

Seramai 17 murid terlibat dalam projek pengawetan makanan itu dan mereka dibahagikan kepada 11 kumpulan dengan dua murid perlu menghasilkan satu produk yang sama.

Beliau berkata, projek tersebut dikira sebagai Pentaksiran Bilik Darjah.

"Budu yang dihasilkan sangat sedap kerana menggunakan ikan temenung," katanya.

Langkah demi langkah cara membuat telur masin.

Senarai murid yang telah menyiapkan projek pengawetan:

1) Saidatul Husna Saiful Nizam

- Pengeringan ikan

- Pemasinan telur ayam

- Penjerukan cili.

2) Muhammad Ali Hasani Afifudin dan Muhammad Ali Husaini Afifudin

- Penjerukan cili dan bawang putih

- Pemasinan telur ayam

3) Nur Quratuain Sua'idi

- Pengeringan buah belimbing buluh

4)  Nur Anis Dania Azrul Nizam

- Penjerukan budu ikan temenung

5 ) Nuraisyah Dayana Norizan

-  Pembotolan jem nenas

- Pemasinan telur itik

- Penjerukan daun maman

6) Afif Naufal Bin Mohd Sobri

- Pemasinan telur itik

7) Nur Aulia Rafissa Aqilah Md Saifun Nizam

- Pembotolan jem stroberi

- Penjerukan buah mangga

- Penyalaian ikan keli

8) Puteri Alya Syazwina Saharudin

- Penjerukan cili dan bawang putih

- Penyejukbekuan donat

9) Wan Fatin Nurul Aina Megat Rahmaini Norhimi

- Penjerukan bawang putih

10) Muhammad Faiz Rohazi

- Penjerukan cili

11) Abdullah Khairi Mohamad

- Penjerukan cili

12) Nur Aina Nadhirah Azman

- Penjerukan betik

13) Adhiera Hanim Mohamad Fisol

- Penjerukan cili

14) Mohd Hanif Mohd [email protected]

- Penyejukbekuan Pau

15) Nur Nuwairah Mansor

- Pemasinan telur ayam

- Penjerukan cili

16) Nur Damia Najwa Rashid

- Penjerukan daun maman

17) Siti Aminah Maryam Ismail

- Penjerukan cili dan bawang

- Penyejukan dan pembekuan karipap

Selepas mengajar melalui aplikasi Zoom, murid dibimbing melalui Whatsapp pula.

Cikgu Mc Nor membimbing muridnya melakukan projek pengawetan makanan melalui online.

Muhammad Faiz menunjukkan cili jeruk yang dihasilkan.

Murid Tahun Enam, Nur Aulia Rafissa Aqilah Md Saiffun Nizam menunjukkan jem yang dihasilkan.

Langkah demi langkah membuat jem.

Nur Aulia Rafissa Aqilah menunjukkan cara menyediakan ikan salai.

Langkah demi langkah membuat ikan masin yang dibuat Saidatul Husna.

 

Langkah demi langkah membuat jeruk cili yang dibuat  Puteri Alya Syazwina

Langkah demi langkah membuat buat ikan temenung projek Nur Anis Dania

Nur Anis Dania menunjukkan budu ikan temenung yang dihasilkan.

Garam dan asam jawa antara ramuan.

Tiga ekor ikan temenung untuk dibuat budu.

Garam diisi penuh dalam perut ikan.

Nur Anis Dania membuat air asam jawa untuk digunakan dalam penghasilan budu.

Air yang digunakan dalam penghasilan budu.

Asam jawa kemudiannya dimasukkan ke dalam balang yang mengandungi ikan.

Siap.