BERGELAR guru, pasti akan rasa pertukaran bilik darjah bagi latihan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan.

Muhammad Azhan Zaffuan Ramli, seorang guru subjek bahasa Inggeris berkongsi kisah sedihnya ketika menjalani latihan praktikum di sebuah sekolah rendah di Pulau Pinang pada 2011.

Cikgu Azhan memberitahu di laman Twitter nya kisah beliau dihadiahkan sebatang lidi sate daripada seorang murid perempuan Darjah Satu. Cerita beliau telah menarik perhatian ramai. Rata-rata netizen turut sebak baca perkongsian ini.

Azhan kini berkhidmat di sebuah Sekolah Rendah (SK) Puncak Alam, Selangor itu terperanjat apabila dihadiahkan sebatang lidi sate oleh murid perempuan itu semasa beliau menjadi guru ganti kelas lain.

“Saya tanya kenapa? Saya tanya lagi ini hadiah cikgu ke? Saya tanya dengan bergurau, lalu dia pun menganggukan kepala. Saya berterima kasih.”

“Saya tanya dia, kenapa bagi saya hadiah macam ini? Budak tu menjawab, saya tak reti mengaji. Cikgu tolong lah mengaji untuk mak ayah saya, mak ayah saya dah meninggal dunia, ” Azhan menceritakan hal tersebut.

Antara perkongsian Tweet Cikgu Azhan yang dapat menarik perhatian orang ramai.

Selepas sahaja mendengar kata-kata murid perempuan itu Azhan sebak dan tergamam.

“Saya sebak sangat kerana dengan usia nya yang terlalu awal kehilangan kedua orang tua, saya menangis.

“Saya cuba tahan tapi tapi tak boleh. Air mata saya mengalir. Budak-budak masa tu tengah buat bising tiba-tiba senyap melihat saya menangis kat depan.

“Saya ambil lidi itu lalu usap kepala dia. Saya tidak mampu bercakap sepatah pun, tidak terluah. Dia pun senyum, saya yang menangis. Dalam hati saya, Ya ALLAH kuatnya hati budak ini,” katanya.

Setelah itu, Azhan pun nekad mengajar murid yatim piatu itu mengaji bersamanya.

Menurut Azhan, beliau amat menghargai lidi pemberian murid itu, sehingga kini beliau jadikan sebagai penunjuk Al-Quran.

"Ini juga merupakan kenangan bermakna untuk saya, kerana nasib saya dengan murid itu sama, saya juga seorang anak yatim piatu, kehilangan orang tua sejak 2007 lagi," Katanya.

Ditanya mengenai tweet yang memukau netizen itu, Azhan berkata dia memang suka berkongsi cerita pengalaman di laman twitter tetapi tidak sangka pula cerita ini yang menjadi tumpuan ramai di media sosial.

Artikel lain:

Guru cemerlang ini kongsi teknik menjawab soalan esei Sains SPM

Teknik Linosains beri peluang pelajar 'menyanyi' sambil hafal fakta - Video topik 'plastik' menarik

Idea Sains, cikgu ini kongsi cara hasilkan 'Bubble Giant'

‘Cikgu Hamidah yang mengajar saya erti rindu yang sebenar’ - Netizen sebak baca luahan ini