SHAH ALAM - Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan media telah memaklumkan tentang pindaan tarikh Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI.

Kerajaan telah bersetuju untuk meminda Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah daripada 6 Jun kepada 8 Jun 2020 yang jatuh pada hari Isnin.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook rasminya, kerajaan telah bersetuju bahawa Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah adalah pada hari Isnin pertama bulan Jun setiap tahun mulai tahun 2021 sepanjang tempoh pemerintahannya.

"Hari Keputeraan Rasmi Baginda adalah pada hari Isnin pertama bulan Jun setiap tahun.

"Hari Keputeraan Rasmi ini adalah diisytiharkan sebagai hari kelepasan am, " katanya dalam kenyataan tersebut.

Tentu guru-guru di Malaysia gembira dengan berita ini. Daulat Tuanku!

Artikel Menarik:

Wajah-wajah sekitar pengumuman keputusan SPM 2019 seluruh negara

Tip tarik minat pelajar lemah belajar Matematik - Guru Cemerlang kongsi tujuh rahsia

Murid SK Taman Bersatu wakili negara buat pembentangan di Itali - Tahniah guru pembimbing

Teknik Cabang bantu murid lemah, sederhana dan cemerlang bina karangan panjang, seragam