Ibu bapa mula menyuarakan kebimbangan sama ada mahu menghantar anak ke sekolah atau pun tidak disebabkan penularan pandemik Covid-19 sekarang ini.

Ada yang bertindak ‘merehatkan’ anak-anak di rumah dengan syarat menulis surat kepada pihak sekolah sebagai makluman.

Terdahulu, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor menasihatkan ibu bapa agar menulis surat kepada pihak sekolah sekiranya bimbang untuk menghantar anak mereka ke sekolah disebabkan pandemik Koronavirus (Covid-19) kluster Sivagangga.

Menurutnya, bagi sekolah-sekolah yang berdekatan dengan kawasan yang berisiko dengan penularan pandemik, beliau sedia maklum dengan kebimbangan yang dihadapi oleh ibu bapa.

"Sekolah berdekatan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran ini memang ada ibu bapa yang bimbang untuk hantar anak mereka ke sekolah. Namun ibu bapa perlu menghantar surat kepada sekolah untuk memaklumkan bahawa mereka tidak bersedia untuk hantar anak ke sekolah. (petikan portal Sinar Harian).

Justeru, Cikgu Mohd Fadli Salleh menerusi posting di facebooknya semalam, telah berkongsi contoh surat yang mungkin boleh dijadikan rujukan buat semua ibu bapa.

Semoga perkongsian beliau dapat membantu mak ayah untuk menulis surat dan seterusnya diserahkan kepada guru kelas masing-masing.

**********

Hak ibubapa nak pastikan nyawa anak-anak kita selamat. Jika risau dengan kes di sekitar, mohon cuti saja anak-anak dengan sekolah.

Susah payah kita nak dapatkan anak, punya la jaga bertahun-tahun, isteri 9 bulan bawa perut dengan macam-macam alahan, takkan nak dedahkan anak-anak dengan risiko tinggi.

Ni contoh surat yang kalian boleh tiru untuk cutikan anak sempena wabak Covid-19 ni. Bila ada surat, anak-anak tidak dianggap ponteng sekolah.

Boleh save dan tiru ya. Ni pun contoh yang kawan-kawan saya bagi. Pakat #SHARE lah ya. Mungkin bermanfaat untuk kawan-kawan kita yang tengah risau.

Nak download terus contoh surat dan edit, klik sini:

https://docs.google.com/…/1_qxqGtDZAcmfsgkTk7UV…/mobilebasic

#MFS

Sumber: Facebook Mohd Fadli Salleh

Artikel menarik

Cikgu boleh guna tiga bahan ini untuk halau cicak dalam kelas. Dijamin berkesan!

Dua beradik bimbing pelajar SMS Pasir Puteh hasilkan inovasi hingga bawa pulang pelbagai anugerah

Ustaz bawa kobis dan warna dalam kelas, buat murid teruja belajar bahasa Arab