CIKGU Sejarah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sentul Utama, Rosle Yasin berkongsi 10 tajuk ramalan Sejarah Tingkatan Empat yang wajib pelajar ulang kaji sekarang.

“Tajuk-tajuk ini berdasarkan analisis yang dibuat pada tahun 2004 - 2019 bagi SPM Ulangan.

“Semoga ia dapat membantu calon-calon berkenaan,” katanya kepada GPS Bestari.  

Menurutnya, Kertas 1 dan Kertas 2 Sejarah akan diadakan pada Isnin, 18 November.  

“Hafal segala fakta yang telah anda pelajari sebelum ini.

“Jangan pernah mengalah sebelum berjuang. Semoga berjaya,” katanya yang juga Penolong Kanan Pendidikan Khas sekolah tersebut.

**********

10 tajuk ramalan mengikut bab bagi Tingkatan Empat

Bab 1: Tamadun Indus /Mespotamia / Mesir Purba (Sumbangan)

Bab 2: Tamadun India (Perdagangan), Rom (undang-undang), China (seni bina), Yunani (Pendidikan & Demokrasi)

Bab 3: Kerajaan  Agraria/ Pengaruh Hindu Buddha (Candi Monumen)

Bab 4: Penentangan ajaran Nabi

Bab 5: Perjanjian Aqabah, Perjanjian Hudaibiyah, Pembukaan semula Kota Makkah, Hijrah

Bab 6: Pertembungan tamadun Islam dengan Tamadun Lain, Kerajaan Turki Uthmaniyah, Kerajaan Abbasiyah

Bab 7: Teori kedatangan Islam, Penyebaran Islam di Asia Tenggara

Bab 8: Melaka sebagai pusat perdagangan, Undang-undang, Pendidikan tidak formal dan formal, Gaya hidup

Bab 9: Zaman Gelap, Zaman Reformation, Renaissance, Revolusi Pertanian, Revolusi Perindustrian

Bab 10: Buruh luar, Undang-undang Tanah, Pembandaran dan Sistem Pendidikan

Tip Penting:

'Tiga pantang larang yang perlu calon ingat semasa menjawab Fizik SPM'- Cikgu ini kongsi rahsianya

'Calon perlu buat enam perkara ini jika mahu skor A+ Kimia SPM' - Pesanan Guru Kimia

Pecutan akhir lulus Kimia SPM - Cikgu Natasya Haswani kongsi empat tip mudah untuk pelajar kuasai

Cikgu Tan kongsi teknik TKS, menulis esei 'Pendahuluan' mantap subjek Bahasa Melayu SPM

Guru Cemerlang kongsi empat tip mudah skor subjek Matematik SPM