USAH kecewa digelar cikgu senyap dan pendiam, anda sebenarnya macam lombong emas.

Demikian tulis guru Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Seri Puteri, Batu Pahat, Johor, Ustazah Aminah Mat Yusoff menerusi akaun facebooknya, baru-baru ini.

Mari ikuti perkongsian beliau.

**********

1) Cakap sikit, banyak mendengar.

Tiba-tiba teringat kawan-kawan kat sekolah, rindupun ya. Bila lama tak jumpa, kenangan tu macam berlegar di kepala. Ada yang pagi-pagi dah riuh dengan gelak tawa, ada yang steady je, ada yang murah hati sedekah senyuman, ada yang muka fokus sebab RPH in progress, ada yang belanja kuih untuk sarapan dan macam-macam lagi.

Apa cikgu pendiam buat masa ni? Diam dan mendengar keletah kawan-kawan. Banyak belajar dari persekitaran dan lebih banyak berfikir. Nampak malu dan tak confident tapi sebenarnya macam lombong emas. Bila bercakap dengan cikgu pendiam baru kita tahu dia sebenarnya banyak ilmu. Kena melombong baru dapat tahu.

 

2) Berbudi bahasa

Ramai cikgu pendiam yang saya jumpa sangat sopan dan berbudi bahasa. Buat kawan-kawan rasa selesa dan seronok bekerja. Tak pandai nak protes dan boleh menerima pendapat orang lain dengan positif.

Selalunya boleh mengeluarkan idea yang bernas dan kreatif. Cara berfikir lain daripada yang kita sangka. Pendiam jangan disangka penakut kerana ia mempunyai definisi yang berbeza.

 

3) Menyimpan rahsia

Seorang pendengar yang baik dan boleh dipercayai. Ramai yang tidak ragu untuk meluahkan masalah padanya. Rahsia dia, simpan sendiri sebab tiada siapa yang tahu.

 

4) Cikgu penyayang

Sesuai jadi cikgu kelas sebab banyak menggunakan bahasa berhemah dengan murid. Nampak serious dan tegas tapi penyayang.

Kali pertama jumpa mesti murid nampak sombong dan garang tapi bila dah kenal, ramai murid sayang.

 

5) Kawan yang baik

Bercakap dengan cikgu pendiam ni rasa dihargai sebab banyak pendapat kita dia iyakan. Boleh dipercayai dan tak mungkin mengkhianati. Boleh menjadi kawan baik yang sejati kerana hakikatnya dia tak ramai kawan.

Ramai orang bijak pandai kurang bercakap tapi lebih banyak bertindak dan banyak berfikir.

Sumber: Facebook Aminah Mat Yusoff Yusoff

Artikel menarik:

Bersederhana dalam penampilan. Ini yang patut guru tahu bila bergaya ke sekolah

'Perlu jaga imej' - Guru ini kongsi empat elemen imej yang perlu ada pada pendidik