SEORANG guru Prasekolah Sekolah Kebangsaan (SK) Pandan Indah telah memuat naik sebuah video comel di Facebook miliknya semalam.

Cikgu Ahmad Iznan Yusoff, 38 memberitahu video itu hanya suka-suka sahaja.

"Isteri tercinta yang rakamkan video tersebut.. bagi ucapan kepada saya dan saya ubah sedikit," ujarnya.

Video bedurasi 18 saat itu medapat pelbagai reaksi dari rakan Cikgu Iznan tambah lagi status itu dimuat naik pada hari keputusan permohonan pertukaran guru.

Mari kita tengok perkongsian Cikgu Iznan..

[VIDEO]

++

Sebagai manusia normal. Kadang-kadang pasti alami depresi.

Depresi bebanan hidup. Depresi tanggungjawab kerja.

Depresi persekitaran. Depresi eG-Tukar tidak dapat dipertimbangkan dan lain-lain.

Untuk motivasi diri. Kadang-kadang pakcik memerlukan kata-kata rangsangan.

Namun jika aura positif itu diujar oleh seorang bernama Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin. Maka ini adalah reaksi pakcik.

Nota : penghargaan buat suri jantung pakcik; Puan Nazirah Anuar atas rakaman ucapan ini.