SYAFEZA SAULI merupakan guru wanita muda yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) RPS Dala, Gerik, Perak itu sanggup redah jalan berlumpur demi anak murid.

Syafeza Sauli, 26 tahun.

Liku perjalanan yang ditempuhi dalam dirinya setiap hari lalu jalan tanah merah dengan jarak 44 kilometer dari rumahnya ke sekolah pedalaman itu amat mencabar, tambahan pula musim hujan dan berlumpur.

Cabaran laluan berlumpur Syafeza dan motorsikal terbalik

Selain itu, cabaran waktu tanah kering juga bahaya kerana jalan berhabuk dan licin.

"Pada musim panas cabarannya pula lain, amat berbahaya juga kerana jalan penuh debu dengan pasir halus.

"Perjalanan saya mengambil masa sejam lebih untuk sampai ke sekolah setiap hari,"katanya.

Menurutnya lagi, sudah lebih enam kali jatuh motorsikal tetapi tetap bersemangat mengajar anak murid.

Syafeza (kanan) merupakan guru Bahasa Inggeris dan Matematik di (SK) RPS Dala, Perak.

Begitu lah nasib guru wanita berusia 26 tahun itu sejak ditugaskan di sekolah berkenaan bermula Februari lalu dengan kesabarannya menempuhi rutin harian demi anak murid.

Ditanya GPS Bestari, sebelum ini beliau tidak tahu langsung tunggang motorsikal, tetapi kena cari inisiatif demi keperluan diri.

"Memandangkan saya mengajar di sekolah pedalaman yang memang tidak boleh guna pacuan empat roda, maka saya nekad mengambil keputusan belajar menunggang motorsikal, sehingga ke hari ini saya masih berjuang"

"Saya cuba untuk kuat kan diri, memang dari awal lagi saya sudah tahu perjalanan hidup mengajar sekolah ini memang amat mencabar, tetapi setelah difikir kembali ini semua ujian dari ALLAH S.W.T dan saya terima dengan hati yang tulus demi mendidik anak murid," katanya.

Perkongsian kapsyen berserta gambar jatuh di laman facebook nya itu tular di media sosial.

"Inna ma'al-usri yusra. Sesungguhnya pada tiap-tiap kesulitan itu adanya kemudahan."

"Semoga pada setiap jatuh bangun itu ada padanya rahmat, keberkatan, pahala yang berpanjangan dan dihapuskan padanya dosa-dosa."

"Kuatnya seorang anak itu apabila ada di sebaliknya seorang ayah yang tidak putus membisikkan kata-kata, 'Nothing is impossible'. Tak kira betapa susah pun perjalanan itu,aku pasti anakku kuat menghadapinya."

"Tentang hidup. Kau tidak harus mengalah. Meski berpuluh kali jatuh, sebanyak itu jugalah kau perlu bangun. Jatuh tak bermakna kau lemah tapi jatuh mengajar akan erti sebenar penghidupan,"kapsyen gambarnya yang menerusi laman facebook.

Pelbagai liku dan ujian dilalui guru ini untuk tiba di sekolah mencurahkan ilmu buat anak murid Orang Asli. Ayah kepada guru ini menjadi mendorong dan kekuatan untuk dia terus berjuang hidup demi ilmu.

Syafeza mendapat pujian netizen.

Artikel Menarik:

Hasil inovasi empat pelajar SESMA pasti buat 'hantu' durian suka sangat

'Jika keluar tanda seperti bisul, segeralah ke hospital' - Guru ini kongsi kematian muridnya

Guru ini kongsi enam tip untuk mak ayah buat ketika hadir hari orientasi anak-anak