BUAT Menteri Pendidikan yang baharu, Dr Mohd Radzi Md Jidin, saya selaku guru biasa yang melaksanakan dasar di bawah ini tak minta banyak. Cuma saya harap :-

1) Pendidikan tidak lagi dipolitikkan. Tiada lagi dasar yang berubah, tiada lagi subjek ditambah, hanya kerana itu pandangan seorang YB, dari seorang menteri mahu pun perdana menteri. Pendidikan patut berada lebih tinggi dari kabinet.

2) Setiap perubahan dalam pendidikan perlu melalui panel penilai yang memang arif dan mahir dalam bidang pendidikan, mereka yang tidak berkepentingan, mereka yang benar-benar faham dengan bidang ini.

3) Pendidikan negara terlalu mahal untuk diperjudikan demi kepentingan politik mana-mana pihak. Kerajaan boleh bertukar tangan pada bila-bila masa, namun dasar pendidikan yang digubal perlu generasi kita hadap selama masa.

4) Pendidikan sepatutnya menjadi ejen perpaduan antara kaum. Kanak-kanak mudah dibentuk, tiada dosa dan tiada dendam. Sepatutnya gunakan pendidikan untuk menyatukan.

5) Jatuh atau bangun negara, di mana dan setinggi mana negara kita terbang pada masa akan datang, ditentukan oleh anak-anak yang berada dibangku sekolah pada hari ini. Jaga dan hargai mereka betul-betul.

6) Jangan jadikan mereka bahan eksperimen pemikiran singkat tanpa kajian pakar. Jangan berpaksi pada pendapat individu walau pendapat dari YB mahupun menteri. Wajib satu-satu dasar yang ingin diperkenal melalui tapisan panel pakar dalam bidang pendidikan.

7) Dengari suara guru-guru di bawah ini. Tolong dengari. Kadang yang tuan menteri dengar dari pegawai atasan di kiri kanan itu hanya cerita manis dan baik-baik sahaja. Sedangkan realiti dibawah ini jauh berbeza. Mereka menyorok kudis agar dipuja dipuji, agar cepat naik pangkat. Dan kesannya, kudis yang disorok itu merebak menjadi kanser hingga merosakkan segala.

Cukuplah 7 permintaan dari guru kecil ini. Banyak nak dicakap, tidak habis dan tidak tertulis semuanya.

Namun ini antara isi paling utama. Agar masa depan pendidikan negara, agar nasib anak bangsa tidak lagi diperjudi sesuka.

Semoga pendidikan negara terus maju dibawah teraju baru. Amin.

#MFS

+++

Cikgu Mohd Fadli Mohamed Salleh merupakan guru Matematik di Sekolah Kebangsaan (SK) (1) Gombak.

Cikgu Mohd Fadli juga merupakan seorang guru yang aktif menjalankan kerja-kerja sosial membantu murid miskin, asnaf dan keluarga/orang kurang berkemampuan menerusi Pertubuhan Kebajikan Dana Kita.

Sesiapa yang ingin menyumbang, boleh berbuat demikian di:

No acc : 564221646925

Bank : Maybank.

Nama : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita

Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.

Artikel Menarik:

Cikgu ini beri pesanan kepada ibu bapa murid sekolah sesi petang

'Saya terima amanah dengan penuh keinsafan, berilah saya ruang lakukan terbaik' - Dr Mohd Radzi

 

Tip Lain:

Guru Cemerlang Tahfiz kongsi kaedah DTHT untuk hafaz al-Quran dengan mudah

Teknik Putaran Waktu bantu murid memahami kepentingan ‘masa’ - Ustaz Quszaini

Skor A semua subjek UPSR daripada sekarang - Cikgu Ahmad Safarman kongsi enam tip mudah

Hafal formula 'Memori Mengarang', murid pasti skor Bahasa Melayu UPSR