RANTAU PANJANG - ‘Derak Masuk Kapong’ yang diperkenalkan sejak enam tahun lalu menjadi plaftrom buat warga pendidik dan pentadbir Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jarum dalam mendekati murid yang tidak hadir ke sekolah lebih dari tiga hari tanpa sebarang makluman.

Guru Besar SK Bukit Jarum, Zukri Suzita Yaso berkata, inisiatif yang diperkenalkan itu bertujuan mengatasi masalah keciciran dalam kalangan murid-murid di sekolah berkenaan.

“Kita mengambil serius soal kehadiran murid-murid ke sekolah kerana ia melibatkan masa depan mereka.

“Hal ini kerana, jika murid-murid tersebut ketinggalan dalam pelajaran secara automatiknya prestasi mereka juga akan menjadi teruk. Keadaan itu tidak baik untuk mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Derak Masuk Kapong di sini semalam.

Antara kampung terlibat ialah Kolam, Banggol Kerucut, Chasi, Gabus dan Bujuk.

Hadir sama pada program itu Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Azman Yaakub; Kaunselor, Shamsudin Harun; Setiausaha, Azeyra Md Ali dan guru bertugas mingguan.

Menurutnya, melalui program itu warga pendidik SK Bukit Jarum dapat mengetahui secara lebih jelas dan tepat permasalahan yang dihadapi oleh murid-murid berkenaan.

Katanya, melalui cara tersebut pihak sekolah dapat mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut bagi memastikan murid terbabit tidak terus ketinggalan dalam pelajaran.

“Apa yang kita lakukan ini selaras dengan saranan Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi program Ziarah Kasih,” katanya.

Zukri Suzita berkata, SK Bukit Jarum amat beruntung apabila mendapat kerjasama baik daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Kawasan Rukun Tetangga (KRT), imam mukim dan NGO serta Rela.

Artikel menarik:

Cikgu cantik ini guna kaedah 'digital classroom' tarik perhatian pelajar

'Meninggal ketika laung azan kedua untuk solat Jumaat' - Cikgu ini sebak kenang Amirul Najmi

'Tak sangka cikgu masih tunggu aku... ALLAH ' - 'Ustaz Hamadi' sebak jumpa guru Muziknya di sekolah

'Peningkan nak cuti raya' - Ini jadual pekeliling daripada KPM

'Terima kasih semua...' - Rezeki murid Tahun Enam jaga lima adik tidak putus-putus