Sebaknya baca kisah viral, atuk kepada tiga cucu yang dikongsi oleh guru bahasa Inggeris, SK Seberang Ramai, Kuala Perlis, Cikgu Mohd Fazly Hafiz Yahaya ini. Atuk yang sudah dianggap ‘sahabat baik’ oleh warga SK Seberang Ramai ini bernama Sakaria Shafie atau lebih mesra di sapa sebagai Pak Dan.

“Cucu-cucunya, Nur Atiqah Mohd Saleh (6Bakti), Muhamad Amirul Mukmin Mohd Saleh (5Bakti), dan Muhamad Zairul  Mohd Saleh (3Cekal) juga bersekolah di sekolah ini. Disebabkan itulah kelibat Pak Dan sering nampak dan ada sahaja setiap kali sekolah kami mengadakan aktiviti.  

“Namun, kini… Pak Dan sudah tiada, arwah meninggal dunia kerana serangan jantung. Kehilangannya itu betul-betul buat kami semua warga SK Seberang Ramai berasa sedih dan berduka. Tiada lagi wajah ceria Pak Dan yang mewarnai setiap aktiviti yang sekolah anjurkan,”jelas Cikgu Mohd Fazly.

Menurut Cikgu Fazly, bercerita tentang Pak Dan, memang banyak kenangan indah yang terpahat di hati. Mana mungkin, orang seperti Pak Dan akan dilupakan jasa dan kebaikannya.

“Arwah bekerja sebagai nelayan dan tinggal di Kg. Wai, Kuala Perlis. Arwah memang suka membantu sekolah terutamanya bila melibatkan aktiviti di padang. Contohnya membuat persediaan kejohanan sukan sekolah, latihan bola sepak dan lain-lain lagi.

“Selain ringan tulang, arwah juga seorang yang rajin, ramah, mudah hulurkan bantuan dan tidak pernah patah semangat dalam melakukan sesuatu. Walaupun keadaan fizikal di bahagian kakinya tidak sempurna, namun arwah tetap gigih dan bersemangat menyertai aktiviti yang di anjurkan pihak sekolah,”katanya.

Pemergian Pak Dan ke Rahmatullah memang mengejutkan semua pihak, termasuk warga pendidik di SK Seberang Ramai, Kuala Perlis.

“Semua guru termasuk warga sekolah amat terasa kehilangan Pak Dan. Pak Dan yang kami anggap seperti kawan baik ini akan terus dikenang dan dirindui..”

Pak Dan yang kami kenali...

Kenangan tidak boleh di lupakan adalah semasa arwah menyertai acara ibu bapa semasa hari sukan sekolah. Beliau jatuh betul-betul depan saya. Tapi arwah tetap tidak putus asa, dia bangun dan masih terus menghabiskan larian. Ia betul-betul  buat saya terharu…

Pihak sekolah menyediakan hadiah kepada semua ibu bapa yang terlibat dalam kejohanan sukan sekolah

Arwah orang kuat pasukan, dia tetap tidak lepaskan peluang sertai acara tarik tali untuk ibu bapa.

Respon semua guru bila mengetahui kematian arwah

Apa kata netizen

"Bagusnya sumbangan arwah," - Masshally Ameesya

"Walaupun tidak mengenali arwah, tapi hati tetap sedih melihat keikhlasannya sepanjang berkhidmat,"-Siti Ayui

"Kuatnya semangat Pak Dan," - Noriza Pa

"Tanpa sedar air mata menitis melihat kesungguhannya,"- Norizan Izan