KUALA TERENGGANU – Bayaran dividen Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad (Koguru) melibatkan peruntukan melebihi RM3 juta dijangka diagih sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha.

Pengerusi Koguru, Alias Yahya berkata, keuntungan diperoleh Koguru bagi tahun kewangan 2018  semakin meningkat berbanding tahun kewangan 2017 dengan keuntungan sebanyak RM4.7 juta.

“Bayaran dividen bagi tahun ini akan meningkat sebanyak 15.5  peratus berbanding 15 peratus pada tahun sebelumnya iaitu 10  peratus atas modal syer manakala 5.5 peratus atas modal yuran,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sabtu lalu, Alias menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat  Agung Perwakilan 2019 yang telah dirasmikan oleh Pengarah Suruhanjaya  Koperasi Malaysia Te-rengganu,
Wan Abdul Halim Wan Abdul Razak.

Pada majlis itu Koguru turut menyampaikan sumbangan menerusi  Tabung Cakna Koguru  (Cakna 2) berjumlah RM493,000 kepada 29 waris anggota yang telah meninggal dunia.

Berita lain:

Bagi mereka yang masih kurang jelas mengenai 1BestariNet - Ini penjelasan Ketua Setiausaha KPM

Lumpuh separuh badan, bekas pelajar SMK Sungai Abong cemerlang SPM ini nekad sambung di UTHM

'Pihak sekolah, ibu bapa perlu periksa bas sebelum sewa' - PPIK