Putrajaya - Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik hari ini mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbok di Kedah yang terjejas akibat kejadian Taufan Lekima yang melanda beberapa buah negeri utara Semenanjung Malaysia pada 9 Ogos lalu.

Menurut kenyataan media yang dihantar kepada GPS Bestari sebentar tadi, KPM sebelum ini telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM24 juta akan disalurkan untuk kerja pembaikan semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah kementerian ini yang terjejas akibat taufan berkenaan.

"Sehingga kini, RM6.8juta telah disalurkan dan kerja-kerja pembaikan yang berkaitan telah dimulakan," katanya.

Kata kenyataan itu lagi, KPM sedang memantau kerja-kerja pembaikan di semua sekolah dan institusi pendidikan terlibat dan menjangkakan ia dapat diselesaikan dalam kadarsegera mengikut tempoh ditetapkan demi keselesaan dan kemudahan pelajar.

Dr Maszlee beramah mesra dengan pelajar istimewa di SMK Merbok ketika melakukan lawatan kerja di Parlimen Merbok hari ini.

Baca:

Link Soalan Percubaan UPSR 2019 - Penting untuk calon buat latih tubi

12 sekolah paling berhantu di Malaysia yang simpan pelbagai kisah misteri

Guru Cemerlang Matematik ini kongsi set soalan lengkap dengan sistem semakan

10 topik wajib ulang kaji menjelang UPSR - Ramalan Guru Pakar Sains, Cikgu Zazolnizam

Teknik GPS cara Cikgu Shahrul - Calon pasti dapat jawab dengan mudah Sains (Kertas 1) UPSR