SHAH ALAM - Dua bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 18 terkejut besar setelah mendapat keputusan semakan semula Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada jam 3 petang tadi.

Nur Ilham Sofiyah Mohd Fauzilan, 18, dan Nur Syahirah Natasha Mohd Nor, 18, yang sebelum ini gagal dalam subjek Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah disahkan masing-masing mendapat A- dan A dalam subjek berkenaan.

Dalam keputusan yang diumumkan 14 Mac lalu, Nur Ilham Sofiyah mendapat 7A 1B+ 1C+ dan Gagal subjek Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah manakala Nur Syahirah Natasha, 8A 1B dan juga Gagal subjek Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah

Bapa Nur Ilham Sofiyah, Mohd Fauzilan Mat Nor, 57, berkata, hatinya terdetik untuk buat semakan semula setelah didorong oleh  Ustazah Zubaidah Ahmad yang mengajar subjek tersebut.

"Ustazah Zubaidah hairan bagaimana Nur Ilham Sofiyah gagal dalam SPM 2018 sedangkan dia selalu dapat B+ bagi subjek berkenaan.

"Atas dorongan beliaulah, saya dan Nur Ilham Sofiyah buat semakan semula di Lembaga Peperiksaan seminggu selepas keputusan SPM diumumkan.

"Alhamdulillah, keputusan semakan yang diperoleh hari ini menunjukkan yang anak saya mendapat A- bagi Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah," katanya ketika dihubungi GPS Bestari.com.

Sebelum mendapat keputusan yang baharu, Nur Ilham Sofiyah telah memohon UPU dengan menggunakan keputusan lama.

"Anak saya mohon beberapa universiti, antaranya USIM, UniSZA, UIA dan UiTM.

Setakat ini, keputusan USIM sudah keluar, tetapi anak saya tidak dapat masuk kerana subjek Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah gagal.

"Jadi, dengan keputusan yang baharu dapat sebentar tadi, saya harap pihak USIM dapat mempertimbangkan keputusan itu semula," katanya.

Mohd Fauzilan yang juga Pengerusi MalaysiaPass berkata, beliau tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Lembaga Peperiksaan dan Kementerian Pendidikan (KPM) terhadap kesilapan berkenaan.

Dengan keputusan baharu ini Nur Ilham Sofiyah mendapat 8A 1B+ dan 1C+ manakala Nur Syahirah Natasha, 9A 1B.

Sementara Nur Syahirah Natasha berkata, dia amat terkejut dengan keputusan diterima ketika diumumkan baru-baru ini kerana gagal dalam subjek tersebut.

"Saya tak pernah gagal dalam Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah. Itu yang buat saya terkejut sangat.

"Atas dorongan guru dan rakan, saya terus isi borang semakan semula pada hari yang sama dan pos esoknya," katanya.

Dengan keputusan baharu ini Nur Ilham Sofiyah mendapat 8A 1B+ dan 1C+ manakala Nur Syahirah Natasha, 9A 1B.

Artikel menarik:

Tak jadi marah bila tengok tulisan murid tahun 6, Cikgu Norashikin dedah siapa pemilik tulisan ini

"Saya nak baca al-Quran semua.' - Murid SK Sik hilang penglihatan, hidap kanser otak

Tajau usia 500 tahun perlu dimusnahkan... Ustaz Malik mahu Aki jujur bercerita dan ini yang berlaku

Murid lain bersesak untuk pulang ke rumah tetapi dia bergegas ke surau untuk solat,,,, Allahuakbar

'Jika tahap profesionalisme guru biasa-biasa, sukar untuk kekal relevan.' - Tokoh Guru Johor