SABAK BERNAM - Dua pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di sini cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di Simpang 3 Jalan Batu 4 Sepintas di sini semalam.

Kedua-dua mangsa, Nur Ain Najwa Kamaruzaman, 15, dan Nurul Fazilah Ahmad Nazir, 15, cedera parah bahagian kepala kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, kemalangan jam 2.30 petang itu membabitkan motosikal jenis Yamaha Lagenda dinaiki   kedua-dua mangsa dengan sebuah lori tanpa muatan dipandu lelaki berusia 58 tahun.

“Siasatan awal mendapati lori tersebut dari arah Sabak Bernam menuju ke Bagan Terap manakala mangsa dari arah bertentangan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori tersebut memasuki arah bertentangan lalu berlaku pelanggaran dengan motosikal dinaiki mangsa,” katanya.

Katanya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati terdapat kesan brek dipercayai daripada tayar lori berkenaan sepanjang 20 meter dan kesan seretan sejauh 15 meter berada di lorong hala ke Sabak Bernam.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa jatuh di atas jalan raya manakala lori tersebut merempuh pokok kelapa sawit,” katanya.

Menurut Chee Khoon, kedua-dua mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam sebelum dirujuk Hospital Sungai Buloh untuk rawatan rapi.

Artikel lain:

Orang luar seronok naik bot, tapi kami di sini sengsara' - Ini luahan Orang Asli

Mohon EGtukar tapi tak pernah lulus - Akhirnya guru ini buat 'sesuatu' dan keputusannya mengejutkan

'Tak ada guru luar masuk... Johor kini kurang guru bagi lima subjek' - Ini kenyataan Exco Pendidikan

Pernah dirotan dan ditampar guru... kini siapa sangka Firdauz dah jadi 'orang kuat' di sekolah

22 ulasan yang boleh diguna pakai guru untuk slip peperiksaan