Mengukuhkan fakta Sains Tahun Empat: Soalan UPSR Sains (Kertas 2) (Siri 1)

PADA minggu ini, cikgu ingin mengupas tajuk-tajuk Tahun Empat yang masih belum disoal dalam Sains (Kertas 2) UPSR dari 2016 hingga 2018.

Dari analisa cikgu setiap tahun, akan ada dua soalan akan dibina dari tajuk Tahun Empat.

Pada tahun 2016, soalan Sains (Kertas 2) diambil dari tajuk Tahun Empat ialah Pengukuran Masa (Tahun Empat) dan Faktor Pengaratan (Tahun Empat).

Pada tahun 2017 soalan dari Tahun Empat pula adalah dari tajuk Sistem Suria dan Perkembangan Teknologi.

Pada tahun lepas pula, soalan dari Tahun Empat adalah dari tajuk Kadar Penafasan (Tahun Empat) dan Saiz Relatif Bumi, Bulan dan Matahari (Tahun Empat).

Jadi tajuk mana yang masih belum disoal?

Mula-mula kita senaraikan tajuk Tahun Empat dahulu. Keseluruhannya Sains Tahun Empat ada lapan tajuk besar, namun tajuk Sistem Suria telah dua kali disoal tetapi menggunakan tajuk Kecil yang berbeza dalam Sistem Suria.

Tajuk besar yang tidak pernah disoal lagi dalam Sains (Kertas 2) sehingga kini adalah

1. Proses Hidup Haiwan

2. Proses Hidup Tumbuhan

3. Sumber Bahan

Jadi dalam Siri 1 ini cikgu akan bincangkan dua tajuk penting yang sering calon-calon UPSR lupa adalah dari tajuk Tahun Empat iaitu Proses Hidup Haiwan dan Proses Hidup Tumbuhan.

PROSES HIDUP HAIWAN

Organ Pernafasan Haiwan (P SIK)

P ► Peparu

S ► Spirakel

I ► Insang

K ► Kulit lembap

 

Haiwan yang bernafas dengan Peparu:

Kucing, Burung, Ular, Lembu, Buaya, Paus, Gajah

 

Haiwan yang bernafas dengan Kulit Lembap:

Lintah, Cacing Tanah, Siput gondang,

 

Haiwan yang bernafas dengan Insang:

Ikan, Ketam, Udang, Berudu, Pari

 

Haiwan yang bernafas dengan Spirakel:

Belalang, Lipas, Nyamuk, Beluncas, Semut

 

Haiwan yang bernafas dengan Dua organ Peparu dan Kulit Lembap :

Katak, Salamander, Newt

 

PROSES HIDUP TUMBUHAN

Gerak Balas Tumbuhan Terhadap Rangsangan (GAS C):-

G ► Graviti (Akar dan Pucuk)

A ► Air (Akar)

S ► Sentuhan (Daun)

C ► Cahaya matahari (Pucuk)

 

Proses Fotosintesis

Proses tumbuhan membuat makanannya sendiri

 

Keperluan dan Hasil Fotosintesis (CAKK ► OK)

C ► Cahaya Matahari

A ► Air

K ► Karbon Dioksida

K ► Klorofil

 

O ► Oksigen

K ► Kanji

 

INFO: Kalium Hidroksida menyerap Karbon Dioksida menyebabkan fotosintesis tidak berlaku.

*****

Ini adalah nota yang cikgu rasakan perlu untuk mengingatkan calon UPSR mengenai tajuk yang masih belum disoal dalam Sains (Kertas 2).

Semoga perkongsian cikgu ini memberi manfaat pada calon UPSR dan guru-guru.

Cikgu sertakan juga beberapa contoh soalan bagi tajuk-tajuk ini untuk latihan.

Cikgu akan sambung satu lagi tajuk Tahun Empat yang belum disoal lagi pada minggu hadapan...Insya Allah

Sumber: Facebook Personal HOME Tuition CIKGU Shahrul

TIP MENARIK:

10 topik Sains wajib ulang kaji menjelang UPSR - Ramalan Guru Pakar Sains, Cikgu Zazolnizam

21 kaedah belajar yang betul dan berkesan untuk bantu pelajar cipta kejayaan - Versi Cikgu Iznan

Enam tip berkesan sebelum duduki peperiksaan

Cikgu ini kongsi rahsia skor markah mengikut seksyen soalan bahasa Inggeris penulisan UPSR

'Kata kuncinya adalah hafal formula' - Ini peringatan penting cikgu Matematik kepada calon UPSR

Tip persediaan guru Sains untuk calon UPSR skor A - Ada sembilan semuanya