BIDANG pendidikan turut terkesan dengan impak wabak Covid-19 yang menyebabkan penutupan institusi pendidikan. Maka guru-guru mencari medium pengajaran secara jarak jauh.

Terma-terma seperti e-pembelajaran, VLE dan LMS mula menjadi buah mulut yang dilihat efektif memastikan pembelajaran sentiasa berlaku. Walaubagaimanapun, adakah guru-guru benar-benar memahami istilah-istilah tersebut?

Apakah E-pembelajaran?  E-pembelajaran bermaksud pembelajaran menggunakan internet yang disokong dengan perkakasan digital seperti kompuert riba atau telefon bimbit.

Apabila murid mempunyai dua komponen tersebut, maka guru memerlukan pelantar pembelajaran yang dikenali sebagai persekitaran pembelajaran maya (VLE).

Google Classroom merupakan pelantar rasmi yang digunakan oleh guru membolehkan murid belajar dengan lebih terpandu.

Keperluan sistem pengurusan pembelajaran (LMS) tidak boleh dipandang remeh. 

LMS membolehkan guru merancang dan melaksana pembelajaran dengan lebih mendalam berbantukan teknologi sedia ada seperti youtube, kahoot! dan lain-lain.

Kebijaksanaan guru menghubungkan kandungan dengan teknologi perlu dititikberatkan supaya bahan kita lebih bersifat universal dan terbuka.

Kesimpulannya, istilah-istilah tersebut mempunyai maksud dan fungsi yang bebeza tetapi saling berkait antara satu sama lain.

Pemahaman tentang setiap istilah membolehkan guru merangka pembelajaran dengan lebih tersusun menggunakan setiap teknologi yang telah dipelajari.

Tanpa merangka dan menilai keperluan, guru dan murid akan menerima impak negatif dari aspek motivasi mahupun sikap.

Teknologi bertujuan untuk memudahkan bukan menyulitkan.

Muhammad Sabiq Mohd Noor ialah Guru Akademik dan Jurulatih Utama Inovasi Pusat Penyelidikan dan Inovasi Pembelajaran Digital Daerah Pasir Gudang, Johor.