Sebak dan sukar diterjemahkan dengan kata-kata.

Inilah gambaran yang dapat diberikan kepada pelajar cemerlang, Nurul Asma Alya Mohd Zainal dan ibunya, apabila menerima kedatangan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew, semalam.   

Nurul Asma Alya yang tinggal di Kampung Banggol Petani, Wakaf Bharu di Tumpat, Kelantan itu menangis apabila diberitahu Ustaz Ebit Lew akan menaja sepenuhnya kos pengajian sebanyak RM40,000 untuk dia melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dalam bidang perakaunan.  

Menerusi perkongsian di facebook milik Ustaz Ebit Lew, beliau ada memuat naik berkenaan kisah bekas pelajar Kolej Profesional MARA (KPM) dengan kelulusan 3.95 CGPA ini.

Mari ikuti kisah Nurul Asma Alya yang menerima komputer riba dan kelengkapan internet selama setahun secara percuma bagi memudahkan pembelajarannya.

*****

Pagi ini ke Tumpat.

Saya sampai dekat pintu terus adik Nurul Asma Alya dan maknya menangis kuat. Ya Allah, doa saya dikabulkan.

Saya terbaca kisah adik ini, seorang pelajar MRSM Tumpat cemerlang. Kemudian Diploma in Accounting KPM dapat CGPA 3.95. Tak mampu nak sambung Association of chartered certified accountants ( ACCA).

Saya akan taja penuh 40 ribu lebih untuk dua tahun setengah termasuk penginapan.

Tadi saya dah call universiti dan mereka terima kemasukannya bulan April. Kami hadiahkan juga laptop dan router serta wifi. Wifi oleh Digi free setahun. Beri sedikit duit sumbangan buat mak adik ini.

Saya jadi sedih sebab keluarga ini asyik menangis cakap terima kasih. Semoga adik esok-esok dapat bahagiakan mak dan bantu ramai orang diluar sana yea.

Terima kasih masyarakat setempat. Terima kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) beri bantuan bulanan. Terima kasih pusat zakat. Terima kasih yb dan menteri. Terima kasih badan bukan kerajaan (NGO) dan masjid. Terima kasih penghulu dan ketua kampung. Terima kasih media yang melaporkan. Terima kasih semua yang tag saya. Syukur pada Allah – ebitlew

Terdahulu, kisah Nurul Asma Alya pernah tular di laman media sosial kerana berhadapan dengan masalah kewangan.

Dia yang merupakan antara pelajar cemerlang ketika menuntut di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tumpat dan mendapat keputusan cemerlang ketika melanjutkan pelajaran peringkat diploma di KPM, terpaksa melupakan cita-cita melanjutkan pengajian di peringkat ijazah perakaunan di luar negara kerana tidak mempunyai duit yang mencukupi.

Artikel menarik

Rakam video dari makmal sekolah, usaha keras Cikgu Norafiza buat pelajar seronok belajar Biologi

Formula asas dalam penghafalan subjek Sejarah, Cikgu Fir kongsi rahsia yang ramai tidak tahu