SYDNEY -  Pelajar sekolah tinggi yang mendapat jolokan ‘Egg Boy’ kerana tindakan beraninya membaling telur di kepala senator berhaluan kanan, Fraser Anning bermurah hati mendermakan hampir RM290,505 (A$100,000) kepada mangsa terselamat dalam serangan ganas di Christchurch pada Mac lalu.

Kelmarin, Will Connolly, 17, memaklumkan dia telah memindahkan kesemua wang yang diberikan kepadanya melalui kempen kutipan dana dalam talian kepada badan amal di New Zealand.

“Kepada semua mangsa tragedi berdarah itu, saya berharap wang ini dapat meringankan beban anda,” katanya. - Agensi

Artikel berkaitan:

Twitter gantung akaun Egg Boy