SHAH ALAM - Bagi mengeratkan hubungan dan menjalankan khidmat masyarakat sambil berlibur Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Rahimah Klang (Alumni STAR Klang) mengadakan Ekspedisi Amal Kembara Kuala Lumpur-Kota Kinabalu-Kota Belud-Kundasang Sabah 2019.

Pengerusi Alumni STAR Klang merangkap pengarah program, Dr Mohamad Rafie Md Kaslan berkata, program lima hari bermula 14 Ogos lalu disertai 15 bekas pelajar termasuk ahli keluarga masing-masing.

"Pada ekspedisi itu, selain mengunjungi tempat menarik, peserta turut melakukan kerja amal bersama komuniti setempat, antaranya gotong-royong, pemeriksaan kesihatan dan menjalankan kempen amal gaya hidup sihat.

"Ekspedisi ini turut disertai Kelab Pendaki Rawang Hikers yang turut mendaki ke puncak Gunung Kinabalu dan Jawatankuasa Masjid Nahdah Al Islam Seksyen 18 Shah Alam," katanya.

 

 

Katanya, peserta program turut berpeluang ladang tenusu di Desa Dairy Farm, Kundasang dan menyaksikan perbarisan tamat latihan pegawai polis di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kota Kinabalu.

Kata Dr Mohamad Rafie pada masa akan datang, Alumni STAR Klang akan mengadakan Program Ekspedisi Amal Kembara Sihat di Melaka pada 13 hingga 16 September ini.

Bekas pelajar yang berminat menyertai program itu boleh mendapatkan keterangan lanjut dengan menghubungi Dr Mohamad Rafie menerusi talian 0193744082.

Salah seorang ahli Rawang Hikers bergambar di Kinabalu Park menyaksikan keindahan alam.

Pemandangan indah dari Gunung Kinabalu.

Bergambar sebelum memulakan pendakian menawan puncak Gunung Kinabalu.

 

Ahli Rawang Hikers mengibarkan Jalur Gemilang selepas berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu.

Ahli Rawang Hikers (dari kiri) Norersa Nera Sudin, Ahmad Zahid Hassan, Mohd Ridhwan Mohd Arif, Rooszalina Salleh, Suzana Mohamad, Ibrahim Jaafar, Syed Ahmad Shukri Syed Nong
Chik dan Mohd Fazly Mohd Taib bergambar di Sayat sayat Hut sebelum tiba di puncak Gunung Kinabalu.

Peserta rombongan sedang melakukan senaman pagi.

Alumni STAR Klang meraikan percutian sambil beramal.

Dr Mohamad Rafie menunjukkan udang kara yang dijual nelayan dengan harga RM100 seekor.

Dr Mohamad Rafie menunjukkan anggur yang hidup subur di Kundasang.

Hanizah Harun dan Nuha Thuraiya Mohamad Rafie menunjukkan keunikan durian kampung Sabah yang isinya berwarna oren.

Durian kampung di Sabah yang unik.

Inilah bot yang membawa penumpang ke Pulau Gaya.

Shafie Mat Arat

Pemandangan indah yang boleh dilihat.

Antara keluarga Alumni STAR Klang yang mengikuti rombongan.

Teruja ketika melawat ladang tenusu di Desa Dairy Farm, Kundasang.

 Menaiki bot meninjau keindahan taman laut di Tunku Abdul Rahman, yang terdiri dari Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug.