TANAH MERAH - Permainan beyblade (gasing moden) kini semakin mendapat tempat dalam kalangan kanak-kanak berusia antara 7 hingga 12 tahun.

Bagi mengalakkan murid-muridnya ke sekolah dan tidak ponteng, Sekolah (SK) Kebangsaan Sokor yang diilhamkan oleh guru besarnya, Mohd Alias Yusof mengadakan pertandingan beyblade dalam kalangan murid-muridnya.

Mohd Alias berkata, pertandingan itu diadakan dalam usaha menarik minat murid SK Sokor, supaya datang ke sekolah di samping dapat mengelakkan mereka terjebak gela negatif dengan pengaruh gajet.

"Pengaruh gajet yang turut tidak membataskan golongan ini banyak memberi kesan buruk kepada perkembangan kanak-kanak ini yang mana banyak kes melibatkan mereka terlibat jenayah termasuk perlakuan seks bebas.

"Maka kita mahu mereka (murid) yang merupakan golongan muda dan pemangkin masa depan supaya terus menjadi insan yang berilmu demi masa depan mereke yang lebih baik," katanya.

Mohd Alias menambah, pelbagai usaha dilakukan pihak sekolah dalam usaha memberikan ilmu berguna untuk murid-murid di sekolah.

"Jadi kita harap usaha pihak sekolah mengajurkan pertandingan beyblade ini dapat menarik minat murid supaya tidak bosan ke sekolah.

"Di samping itu kita sebagai guru di SK Sokor mahukan yang terbaik untuk mereka," katanya.

Beliau berkata,dalam pertandingan itu pihaknya menyediakan hadiah set  gasing beyblade dan kelengkapannya kepada pemenang.

 

 

"Walaupun sekolah ini terletak di kawasan pedalaman namun kita tidak mahu murid di sekolah ini keciciran.

"Ilmu begitu penting dalam kehidupan dan kita harap dengan cara ini dapat memberi kesedaran kepada mereka dan keluarga supaya tidak ponteng sekolah dan mendapatkan ilmu berguna demia mengubah nasib mereka yang rata-ratanya berasal dari keluarga yang susah," katanya.

Artikel lain:

Kembali menggesek biola pada usia 86 tahun, Dr. Siti Hasmah pukau alumni SMK St. Mary (4 foto)

Sesma juara Sketsa Rukun Negara

Cikgu Norhailmi, guru Malaysia pertama ikuti High School Teacher Programme 2019 tiba di Geneva