Hari ini sudah hari ke dua anak-anak memulakan persekolahan. Di sebalik rasa lega, anak tidak perlu lagi belajar secara maya, sebenarnya terdapat kerunsingan bagi ibu-ibu muda yang anak mereka baru sahaja memulakan persekolahan.

Tidak lain dan tidak bukan, adalah masalah baju sekolah berwarna putih yang bertukar kepada warna keperangan dan nampak kusam.

Untuk atasi masalah ini mudah saya, ibu-ibu boleh ikuti lapan tip berikut.

1.Jangan campur baju sekolah dengan baju berwarna

Jangan campur baju putih dengan baju yang berwarna. Baju yang gelap dan berwarna akan mempengaruhi pakaian berwarna putih. Kesannya baju putih nampak seperti kusam dan bercapuk-capuk. Dikhuatiri warna daripada pakaian berwarna luntur dan merosakan baju sekolah anak-anak.

 2. Asingkan mengikut jenis fabrik

Pastikan setiap pakaian diasingkan mengikut material dan fabrik:

•    Acetates boleh digabung bersama acrylics

•    Linen boleh dibasuh bersama kain kapas

•    Wool tidak boleh bercampur dengan mana-mana material

•     Delicate perlu dicuci  tangan

3. Rendam dalam air suam

Periksa dulu label baju sama ada boleh dicuci dengan air panas atau tidak ya. Jika boleh, rendam baju putih dalam air suam kerana ia sebenarnya ‘setting’ terbaik untuk pakaian berwarna putih. Kemudian baru cuci dengan sabun seperti biasa.

4. Guna jus lemon atau cuka

Jika tidak mahu menggunakan agen pemutih yang ada di pasaran, anda boleh gantikan ia dengan jus lemon, cuka putih (1 cawan) atau hydrogen peroxide (3%). Bahan ini menjadikan pakaian putih kembali putih. Caranya: Tuang ½ cawan jus lemon ke dalam mesin basuh/baldi. Kemudian jemur di bawah cahaya matahari kerana sinaran ultraviolet membantu mengembalikan warna putih pada pakaian

5. Periksa mesin basuh

Pastikan mesin basuh bersih daripada saki baki kotoran yang terhasil daripada mencuci pakaian sebelum ini.

6. Elak cuci dengan air sejuk

Kalau nak putihkan baju, kena pastikan suhu air yang elok. Elak cuci baju putih dengan air sejuk kerana kandungan mineral dalam air sejuk memudahkan kotoran melekat pada pakaian.

7. Jauhi klorin

Bahan kimia seperti chlorine bleach boleh menyebabkan baju putih berubah menjadi kekuningan.

8. Elakkan matahari terik

Jangan  gantung baju putih di tempat yang terlalu panas, kerana ia boleh menyebabkan warna putih nampak kusam.

Selamat mencuba!